Perak Hari Ini

37 acara diatur sempena ulangtahun keputeraan Sultan Perak ke-83

Sebanyak 37 acara diatur sempena ulangtahun keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke-83 yang membabitkan majlis perasmian bangunan serta program bersama rakyat jelata yang dijadual berakhir penghujung Julai nanti.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim, berkata, majlis kesyukuran telah diadakan pada Jumaat lalu dan acara kemuncak ialah istiadat penganugerahan darjah kebesaran yang akan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar jam 11 pagi esok.

Sebagai ikrar taat setia kepada Sultan Perak, rakyat katanya disaran mengibar bendera Perak di premis masing-masing sempena ulangtahun keputeraan Baginda yang ke-83.

“Sempena sambutan itu, Sultan Azlan turut berkenaan mencemar duli merasmikan 10 bangunan kerajaan iaitu Jabatan Audit Negara pada 19 Mei, Majlis Perbandaran Teluk Intan (26 Mei), Pusat Kegiatan Kemas Gopeng (18 Jun), Sekolah Kebangsaan Taman Teknologi; Seri Iskandar (20 Jun); Klinik Kesihatan Buntong (23 Jun); Kompleks Jabatan Kerja Raya Kuala Kangsar (27 Jun); Mahkamah Rendah Syariah Tapah (28 Jun); Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Meru Raya (5 Julai); Jabatan Bomba dan Penyelamat Pengkalan Hulu (9 Julai) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Behrang 2020 (12 Julai).

“Baginda juga akan berangkat menghadiri majlis bersama rakyat di Teluk Intan pada 26 Mei; Manjung (25 Jun), Pengkalan Hulu (8 Julai) dan Kerian (23 Julai).

“Justeru, rakyat jelata dijemput datang beramai-ramai bagi memeriahkan majlis itu nanti,” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Bagi memeriahkan sambutan menjelang hari keputeraan, Pesta Panjut turut diadakan di Kuala Kangsar bermula jam 8 malam ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");