Kolumnis

PENGIKUT PAS MEROYAN DAN JADI MERENG5

Kesian sungguh kat para pengikut dan pemuja PAS. Sudahlah kalah 5-0 di Sarawak, tiada apa-apa yang boleh dibanggakan. Tetapi disebabkan kebebalan dan ketongongan terlampau mereka, para pengikut dan pemuja PAS bersukaria dengan kejayaan DAP menambah kerusi DUN dari 9 kepada 12 dan PKR dari 1 kerusi kepada 3 kerusi.

Kerana keseronokan itu, mereka pun membuat analisa mudah, Barisan Nasional telah ‘kalah’ di Sarawak. Peratusan untuk undian Barisan Nasional telah merosot. Kononnya lagi kalau bukan kerana SPR ‘menganiaya’ PKR, sudah tentu Pakatan Rakyat dapat 2/3 majoriti di Sarawak.

Kesian sungguh dengan bangsa yang kuat berangan-angan ini. Mereka kalah, tetapi mereka tetap hidup dalam dunia penafian. Kekalahan mereka sudah di hadapan mata dan terpenyek ke batang hidung kembang masing-masing, tetapi mereka tetap kata, geng mereka menang besar.

Sampai bilalah agaknya PAS akan terus berbangga bodoh seperti sekarang? Sampai bila mereka baru sedar, mereka hanyalah budak tumpangan di dalam Pakatan Rakyat. DAP sedikit pun tidak pandang PAS bila PAS kalah dan langsung tidak mampu menggugat penguasaan PBB di 5 buah kerusi yang ditandingi?

Mungkin sudah sampai masanya, PAS dibubarkan dan dijadikan sebagai sebahagian daripada sayap pergerakan di dalam DAP. Lagipun, bukankah itu yang sedang berlaku sekarang? Nik Aziz, Hadi Awang, Salehuddin Ayob, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mahfuz eloklah dijadikan orang besar dalam Dewan Penyokong DAP Melayu.

Sampai sekarang, para pemimpin PAS masih lagi tidak mampu untuk menerima kenyataan bahawa parti itu semakin ditolak kerana penyengutuan mereka dengan Anwar Ibrahim dan DAP. Para pemimpin PAS terkeliru dengan golongan muda PAS yang sangat agresif untuk menonjolkan diri menerusi perangai suka meroyan dan mereng tak ketahuan hala.

Kekalahan PAS secara total di Sarawak, tidak dapat diterima oleh para penyokong dan mereka yang simpati dengan PAS. Mereka cuba mencari sisi-sisi yang membolehkan mereka berasa bangga dan mampu mendabik dada.

Dan akhirnya, apabila tidak dapat lagi mencari sesuatu yang boleh dibanggakan, mereka pun berkata PAS telah berjaya menerbitkan sinar Islam di Sarawak walaupun pada hakikatnya, tidak seorang Iban mahupun Kelabit yang berjaya mengucap syahadah hasil pekerjaan PAS.

Dakwah PAS hanya untuk menang pilihanraya, akhirnya memakan diri. Doa PAS agar orang UMNO sama ada pemimpin, ahli, mereka yang simpati dan penyokong agar buta mata dan dilorongkan kepada PAS, tidak dimakbulkan Allah Taala, bahkan mereka semakin disesatkan dalam sangka-sangka sehingga melakukan syirik apabila menganggap mereka telah tahu kebenaran dan bukannya melepaskan kebenaran itu kepada Allah Taala memandangkan tidak ada satu rahsia pun yang dapat disembunyikan daripada-Nya.

Maka benarlah firman Allah Taala bahawa, kaum yang hidup dalam bersangka-sangka ini, akan terus disesatkan, ditutup mata, dipekakkan telinga dan dihijabkan hati daripada kebenaran. Sebabnya, kebenaran bagi mereka adalah sokongan kepada PAS.

Kesian para pengikut PAS yang terus meroyan dan mereng!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");