Perak Hari Ini

600 kedai runcit tradisional akan dimodenkan tahun ini

Sebanyak 600 kedai runcit tradisional di negara ini dimodenkan menerusi Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.

Katanya, program Tukar merupakan Projek-Projek Permulaan (EPP) yang bertujuan untuk memodenkan operasi kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saingan dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif.

“Peniaga kedai runcit ini akan dibantu oleh perunding yang telah bekerjasama dengan kerajaan iaitu pasar raya Tesco, Carrefour, Mydin, AEON Co (M) Bhd, Giant dan Econsave secara percuma,” katanya kepada pemberita selepas berdialog dengan Persatuan Pekedai Barang-barang Runcit negeri Perak di sini hari ini.

Katanya, Program Tukar dengan peruntukan RM30 juta daripada kerajaan itu diwujudkan selepas mendengar luahan hati serta masalah yang dihadapi peniaga kedai runcit yang sukar bersaing dengan pasar raya.

Kementeriannya telah menerima lebih 900 permohonan daripada pekedai runcit untuk menyertai program Tukar, kata beliau. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");