Perak Hari Ini

ADUAN RAKYAT TELUK INTAN

Penduduk Pekan Baru Teluk Intan telah membuat laporan ke Aduan Rakyat TV3 dan telah disiarkan dalam Berita TV3 malam ini.  Penduduk melaporkan bahawa taman perumahan mereka sering menjadi sasaran perompak yang menceroboh rumah mereka, isu tanah kosong yang menjadi sarang pembiakan ular dan lain-lain haiwan yang membahayakan kepada penduduk .

Paling menarik ialah apabila wartawan dilarang memasuki Pejabat Majlis Perbandaran Teluk Intan. Bagaimana pun setelah berusaha dan sabar menunggu akhirnya YDP Majlis Perbandaran Teluk Intan Tuan Ibrahim Ahmad  dapat ditemubual oleh wartawan TV3.

Alasan beliau mudah, tanah kosong yang penuh semak samun akibat pemilik tanah telah bertukar tangan atau berlaku pindah milik. Kes tanah lot perumahan yang menjadi hutan dan tempat pembiakan haiwan – haiwan bahaya bukan sahaja terdapat di Teluk Intan malah di merata-rata tempat, termasuk di bandar-bandar lain juga>

Sepatutnya pemilik tanah perlulah menjaga dan membersihkan tanah mereka walaupun tidak membina rumah. Pihak perbandaran juga perlulah bertindak dengan mengupah pihak ketiga untuk membersihkan tanah tersebut dan mengenakan bayaran kepada pemilik tanah melalui cas pembayaran dimasukkan dalam cukai pintu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");