Perak Hari Ini

Berita baik untuk kakitangan Majlis Perbandaran dan Daerah

Kakitangan Majlis Perbandaran dan Daerah seluruh Perak yang mempamerkan pencapaian terbaik bakal menerima insentif bermula Mei ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuk perkhidmatan cemerlang yang dipamerkan kakitangan berkenaan.

Jelasnya, kerajaan negeri sememangnya prihatin dengan persembahan pekerja di semua Majlis Perbandaran dan Daerah di negeri ini.

Justeru, katanya insentif berkenaan antara bonus yang wajar diberikan sekiranya kakitangan terbabit benar-benar merupakan seorang pekerja yang komited dan bertanggungjawab.

“Kita akan beri insentif berkenaan berdasarkan penilaian prestasi Majlis Perbandaran dan Daerah terbabit.

“Sekiranya kita berpuas hati dengan persembahan Majlis Perbandaran dan Daerah terbabit maka insentif akan diberikan kepada kakitangan mereka.

Selain itu, menurut Zambry, insentif berkenaan antara lain adalah antara langkah proaktif dalam usaha menggalakkan kakitangan kerajaan bekerja dengan lebih keras.

Katanya, insentif penilaian itu juga dibuat bagi meningkatkan lagi kadar pencapaian kakitangan kerajaan selain mengiktiraf jasa mereka.

Sebelum ini, tambah beliau, langkah yang sama telah dilaksanakan di Majlis Bandaraya Ipoh di mana kakitangan yang berkhidmat cemerlang diberi insentif pencapaian sebanyak RM500.

Terdahulu, Zambry ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Sukan Antara Kakitangan Kerajaan Tempatan Negeri Perak 2011 bertempat di Astaka Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Manjung petang tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");