Perak Hari Ini

Ambil ikhtibar-Kelab Peminat Bola Sepak Perak

Kelab Peminat Bola Sepak Perak (KPBP) berharap tindakan yang bakal dikenakan kepada penyerang, Razali Umar Kandasamy oleh Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) memberi pengajaran berguna kepada pemain-pemain.

Ketua Biro Penerangannya, Mohd Najib Mohd Mokhtar berkata, pertemuan Razali dengan Presiden Pafa, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin Isnin laludiharap dapat menamatkan masalah pemain itu.

“Harap ia dapat menyedarkan Razali tentang kesilapan yang dilakukan serta meneruskan kariernya yang masih panjang, “ katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam..

Sementara itu, Najib berkata, Pafa juga diharap dapat memberi peluang terakhir kepada Razali berdasarkan kesungguhannya yang ditunjukkannya pemain itu termasuk dengan membawa saksi pada pertemuan berkenaan.

“Ia bukti kesungguhannya. Bagaimanapun, jika masalah seumpamanya masih terus berlaku ataupun masih berulang lagi pada masa hadapan, pihaknya menyokong penuh terhadap sebarang tindakan yang bakal dikenakan terhadap Razali,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");