Kolumnis

Anwar cuba rompak wang rakyat pula..!!!

Ingatkah pembaca semua tentang isu Tabung Memali? Sebuah buku berjudul “Airmata Memali” sangat sesuai untuk menceritakan hal tabung Memali yang dikutip untuk balu dan anak-anak Memali, namun dengan zalimnya diseleweng oleh puak-puak pembangkang yang tidk bertanggunjawab. Kali ini, mereka ingin sekali lagi merompak wang rakyat untuk kepentingan politik mereka melalui “derma” (rasuah politik barangkali).

Ianya sangat mengaibkan apabila Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, seorang isteri yang menabalkan suaminya, Anwar Ibrahim, sebagai ‘pemimpin anugerah Tuhan”, merayu dan meminta derma bagi menampung perbelanjaan kempen Pilihanraya Sarawak dan Pilihanraya Umum ke-13.

Apa sudah terjadi kepada PKR dan pakatan pembangkang? Sudah habiskah semua wang di’joli’? Sudah habiskah wang berbilion-bilion yang di’import’ dari luar negara? Apakah sudah kering wang di Selangor dikikis oleh Khalid Ibrahim dan konco-konconya?

Ianya sudah menjadi “open secret” mengenai dakwaan Anwar dan pakatan pembangkang mendapat begitu banyak dana untuk membiayai perbelanjaan politik mereka selama ini. Banyak dakwaan dari tokoh-tokoh PKR yang mendakwa begitu. Di antaranya ialah Ezam Mohd Noor.

Ezam Mohd Noor pernah menceritakan bagaimana wang beratus-ratus juta USD dibawa masuk dari luar bagi membiayai perbelanjaan politik pembangkang, khususnya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Agensi bebas yang menyiasat dan mengaudit perbendaharaan US juga pernah mempertikaikan mengenai pembiayaan melampau yang disalurkan kepada Foundation of the Future yang digunakan oleh Anwar, Wolfowitz dan ‘aweknya’, Shahreeza. Pertikaian itu melibatkan berbilion USD!

Selama ini pembangkang, khususnya Anwar, sering melancong ke luar negara melakukan “tour” demi “tour” untuk melawat rakan sekutu Yahudinya. Dia kerap keluar negara melobi dan meraih simpati termasuklah mengadakan “lawatan memohon maaf” dari rakan-rakan Yahudinya setelah kuat mengkritik mereka ketika berada di Malaysia.

Wang yang ada pada negeri Selangor pun sudah ‘kering kontang’. Baru setahun dua PKR memerintah Selangor, wang perbendaharaan negeri itu hampir habis. Manakan tidak, RM6 juta digunakan hanya untuk penyelengaraan kereta! Nampaknya macam ada ‘penyelewengan’ oleh “SELCAT” di Selangor. Ke mana wang itu pergi?

Nampaknya Anwar dan pakatan pembangkang sangat boros dalam perbelanjaan mereka. Mereka tidak bijak menguruskan hal ehwal kewangan, terutamanya wang rakyat! Duit di dalam parti pun dikebasnya, apatah lagi wang rakyat. Namun, masih ada lagi rakyat yang masih ‘lena’ ditipu Anwar dan pakatan haram ini.

Ini hanya sandiwara semasa yang cuba dimainkan untuk menarik simpati rakyat sekaligus menafikan bahawa pakatan pembangkang ‘mengimport’ berkargo-kargo dana dari luar.

Pada penulis, rayuan Wan Azizah ini hanyalah sandiwara. Selama ini pemimpin pakatan hidup mewah. Azmin ketika berada di Sarawak menginap dihotel 5 bintang. Sekiranya dia seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan tahu partinya kekurangan wang, sudah tentunya dia akan memilih untuk menginap dihotel yang lebih murah dan “budget” perjalanannya.

Penulis berpendapat, usah dilayan rayuan derma sandiwara ini. Ianya hanyalah untuk mengaburi pandangan rakyat seolah-olah pakatan rakyat itu miskin, sedangkan mereka menyembunyikan kekayaan mereka disebalik banglo-banglo mewah mereka. Dana berbilion dari luar negara pun masih banyak lagi di dalam simpanan mereka.

Wan Azizah hanya dikambing hitamkan untuk merayu dana. Mengapa Anwar sendiri tidak meminta derma? Mengapa tidak Azmin yang meminta derma? Mengapa Wan Azizah ditugaskan begitu? Biasalah, untuk meraih simpati, ‘wanita’ lebih pakar di dalam bidang rayu merayu ini. Namun, percayakah kita kepada Wan Azizah yang berkali-kali menipu tentang kecurangan suaminya kepada rakyat?

Pokok pangkalnya, Pakatan “Sumbang” ini cuba mempergunakan wang rakyat pula untuk menjajah. Setelah berjaya menghabiskan wang Selangor, mereka cuba menawan Sarawak untuk dihabiskan pula dana negeri Bumi Kenyalang itu. Kemudian, mereka cuba pula menjajah negera kita ini. Mahukah rakyat Malaysia menyerah kepada pakatan haram ini?

Oleh: Laksmana Tun Tuah untuk Perak Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");