Perak Hari Ini

Anai-anai tak jejas MCKK

-Keluaga pelajar digesa tak bimbang pembelajaran anak

Proses pembelajaran pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) tidak terjejas walaupun bangunan blok utama yang mengandungi 10 bilik asrama tidak selamat untuk didiami berikutan diserang teruk anai-anai.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Mohamad Zahir Khalid, sehubungan itu menasihatkan keluarga pelajar supaya tidak bimbang dengan keselamatan serta proses pembelajaran anak mereka di sekolah berasrama penuh tertua di negara itu.

“Semua pelajar sudah dipindahkan ke bangunan sayap timur dan barat sekolah itu yang lebih selamat dan mereka juga menjalani proses pembelajaran seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran syarikat perniagan Borongsakan.com di Ipoh, Isnin.

Mohamad Zahir berkata, kerajaan negeri sudah memohon peruntukan RM1.5 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi membaikpulih bangunan MCKK yang terjejas teruk itu.

Beliau berkata, anggaran itu diperoleh selepas satu kajian menyeluruh bersama sebuah syarikat kawalan serangga dilakukan terhadap bangunan warisan sejarah sekolah itu tahun lalu.

Katanya, peruntukan itu dipohon melalui Kementerian Pelajaran dan masih dalam peringkat untuk mendapatkan kelulusan.

Mohamad Zahir juga berkata, beliau sudah menyerahkan peruntukan tahunan daripada Kementerian Pelajaran berjumlah RM200,000 kepada pihak pengurusan MCKK bagi menampung kos penyelenggaraan bangunan sekolah berkenaan yang dianggap sebagai aset bangunan warisan.

– BERITA HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");