Isu Panas

Pembangkang Sengaja Timbulkan Isu Kitab Injil Untuk Burukkan BN, Kata Hishammuddin

Isu kitab Injil yang sengaja ditimbulkan pembangkang semasa pilihan raya negeri Sarawak ini dengan tujuan memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh menyebabkan masyarakat berpecah-belah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata ini bukanlah kali pertama pembangkang menggunakan isu agama untuk memainkan perasaan rakyat, malah telah digunakan semasa pilihan raya kecil Parlimen Sibu, pada 16 Mei tahun lepas.

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita tidak mahu masyarakat kita yang telah hidup dalam keadaan harmoni selama ini berpecah-belah akibat perkara ini,” katanya semasa berucap merasmikan majlis Bakti Setia Rela dan penyerahan pakaian seragam Rela di Long Semadoh, di sini.

Calon BN bagi kerusi DUN Ba’ Kelalan, Willie Liau turut hadir pada majlis itu.

Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, berkata isu kitab Injil itu sebenarnya sudah selesai apabila kesemua kira-kira 30,000 naskhah yang sebelum ini ditahan di Pelabuhan Kuching sudahpun dikeluarkan.

Katanya, beliau telahpun dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala bahawa kesemua naskhah kitab itu telahpun diterima oleh pertubuhan-pertubuhan Kristian di Kuching.

Katanya BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melaksanakan transformasi daripada segi pentadbiran kerajaan, politik dan ekonomi demi memastikan tiada rakyat yang akan terpinggir daripada menikmati faedah pembangunan di negara ini.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");