Berita Hari Ini

Anwar terdesak guna taktik lama tarik pengundi

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri kempen pilihan raya malam-malam terakhir dengan meminta sokongan dan simpati pengundi dengan membangkitkan kehidupan semasa beliau dipenjarakan.

Nampaknya taktik lama Anwar muncul kembali. Menggunakan kesengsaraan disebabkan perbuatan sendiri untuk menarik pengundi.

Anwar dipecat pada September 1998 dan kemudian dipenjara berhubung kes salah guna kuasa dan liwat. Tidak disangkal lagi mengenai perkara itu, hukuman telah dijatuhkan bermaksud ia bukanlah satu tuduhan palsu atau fitnah. Hanya penyokong-penyokong PKR sahaja yang bodoh dan mempercayai helah Ketua Umumnya ini.

Ketika menyampaikan ceramah malam tadi Anwar, meraih simpati rakyat menceritakan detik-detik beliau dipecat dan pengalaman dipenjara selama enam tahun disebabkan keterlanjuran nafsunya sendiri.

Dengan pengalaman itu, Anwar berkata, beliau mahu bangkit menentang penindasan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Adakah ia satu perkara buruk? “Saya merayu kepada anda. Saya tidak main-main.” Rayu Anwar dalam ucapannya dihadapan penyokong Pakatan Rakyat.

Namun, apabila ada suara-suara penonton bertanya, Bagaimana pula penerimaan Anwar terhadap perlakuan maksiat dan berzina. Dan beliau hanya berdiam diri lantas meneruskan ucapan beliau.

Sudah jelas PKR sudah tidak mempunyai input untuk menyerang kerajaan Barisan Nasional. Menjelang sahaja pilihanraya isu yang kononnya pemimpin BN mengamalkan rasuah akan menjadi agenda utama pembangkang, namun tidak pula dikemukakan bukti. Apa yang dilihat taktik lama ini sudah lapuk untuk digunakan dan rakyat sudah tidak mempercayainya lagi.

Dengan kepesatan pembangunan yang ada di Sarawak, dimana relevannya tuduhan-tuduhan pembangkang itu.

Menjadikan negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat sebagai ‘role model’, buta-buta rakyat Sarawak ditipu dengan pemberian insentif yang kononnya diberikan oleh pembangkang sebagai pentadbir.

Sejauhmanakah kebenaran pemberian insentif kepada waris yang kematian ahli keluarganya atau bantuan wang kepada anak muda yang mendapat tawaran sambung belajar. Jika benar kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakan dasar ini di negeri-negeri berkenaan maka tidak pula ia disiarkan di media.

Apa yang sebetulnya adalah Pakatan Rakyat sudah kekeringan isu yang ingin dibawa kepada rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");