Berita Hari Ini

Taktik baru Anwar tutup isu Jam Omega

Tutup isu Jam Omega, Bangkitkan isu rantai Puan Sri Ragad. Itulah taktik terbaru Pakatan Rakyat dalam kempen-kempen politik mereka.

Anwar cuba mengalih isu video seks yang didakwa melibatkan diri beliau dengan pemberian rantai berharga RM 170 juta sempena hadiah perkahwinan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Abdul Taib Mahmud kepada isterinya Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Pakatan Rakyat seperti tidak ada isu lain untuk dibangkitkan di Sarawak dan menjadikan lambing kasih Taib kepada isterinya sebagai agenda politik.

Selain itu, berikutan isu video seks dan kehilangan jam omega masih menjadi persoalan, Anwar menggunakan taktik kotor dengan menggunakan rantai Ragad sebagai isu. Kalau terdesak pun, tidak perlulah mempersenda kasih sayang orang terhadap isterinya.

Mungkin Anwar cemburu melihat kemampuan Taib untuk membeli barangan seumpama itu kepada isterinya. Atau Anwar digasak oleh Wan Azizah membeli rantai yang sama.

Apa yang jelas berdasarkan ceramah-ceramah PKR, parti pembangkang itu sememangnya langsung tidak mempunyai agenda yang lebih berasas untuk menyerang pemimpin BN.

Sama ada ceramah Anwar sendiri, atau Wan Azizah mahupun Nurul Izzah dan Azmin Ali kesemuanya menyentuh rantai pemberian Taib kepada isterinya. Namun tidak pula mereka menjelaskan persoalan siapa lelaki Y, atau dimana hilangnya jam omega.

Sehubungan itu, satu-satu caranya untuk menutup kontroversi yang dibuat oleh Anwar adalah dengan membangkitkan isu rantai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");