Berita Hari Ini

Banyak portal bantu kempen BN…

Pilihanraya Sarawak ke 10, memang jadi tumpuan banyak pihak. Malah, ada beranggapan keputusan pilihanraya negeri itu kelak mungkin jadi penanda kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak untuk putuskan tarikh pilihanraya umum ke 13 pula.

Selain meriah dengan kempen parti bertanding ada pihak tertentu di Sarawak yang minat dengan pilihanraya tersebut turut memeriahkan kempen melalui blog serta portal yang memaparkan macam-macam cerita.

Antaranya www.1sarawak.com.my dan http://pilihanrayasarawak2011.com.

Setakat ini, kedua-dua media maya itu membantu BN dengan laporan masing-masing bagi memastikan BN kekal menang dan berkuasa di Sarawak.

Malah, pengendali portal pilihanrayasarawak2011 yang mahu dikenali sebagai Jompot memaklumkan kepada Agendadaily, portal itu akan kekal sehingga pilihanraya umum ke 13.

Mudah cakap, sesiapa yang tidak sempat ke Sarawak untuk lihat sendiri suasana pilihanraya, boleh layar mana-mana blog atau portal berkenaan. -12/4/2011

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");