Kolumnis

SENGIH NGA KOR MENG SAMPAI KE TELINGA

Penulis: ANON00 untuk Perak Today

Nga Kor Meng merupakan individu yang paling kuat putar belit, pembohong dan terang-terangan menipu di Perak. Sepupunya, Ngeh Ko Ham pula disifatkan sebagai tukang penghasut yang sentiasa menggunakan orang lain untuk menyuarakan pandangannya tetapi apabila disergah, cepat-cepat menafikan yang dia tidak terlibat.Lembu yang biasanya ditepuk punggung ketika di dalam DUN adalah Nizar Jamaluddin dan Khalil Idham Lim, kedua-duanya dari PAS.

Kedua-dua bersepupu ini banyak mengembalikan kita kepada taktik yang dilakukan oleh komunis pada zaman darurat dahulu. Menghasut dan memperdayakan orang kampung kononnya komunis berjuang untuk membebaskan Negara ini daripada penjajahan British tetapi pada masa yang sama, melaung-laungkan perjuangan empayar Komunis China dengan pemimpin ulung adalah Mao Tze Tung. Kononnya komunis berjuang di tengah-tengah hutan untuk rakyat Negara ini, namun pada masa yang sama, sangat ramai orang Melayu dan Bumiputera yang menjadi mangsa mereka, terutama sekali pembalasan dendam kerana ramai komunis yang dibunuh pada zaman Jepun.

Apa yang dilakukan oleh komunis pada zaman darurat, kini diulangi semula oleh kedua-dua bersepupu Nga-Ngeh!

Fitnah terbaru yang dilakukan oleh Nga Kor Meng adalah menuduh SPRM telah membunuh lebih 1800 orang saksi mereka sepanjang tempoh 10 tahun. Kegilaannya dengan angka seolah-olah ianya adalah satu fakta, menjadikan Nga Kor Meng seorang wakil DAP yang sangat aktif dengan kegiatan menipu sama ada di Perak mahupun di seluruh Malaysia.

Nga Kor Meng belum lagi menunjukkan diri di Sarawak namun dia dan sepupunya sudah pasti akan didatangkan ke Sarawak dalam tempoh terdekat ini untuk menghibur dan melipurlarakan rakyat Sarawak, khususnya daripada masyarakat Foochow yang tinggal dan mengundi di Sarawak, Bintulu dan Miri.

Namun daripada apa yang sedang berlaku di seluruh Sarawak, Nga Kor Meng sudah mampu untuk tersengih lebar. Apakan tidak, dia tidak perlu berbohong besar lagi kerana kebanyakan kawasan bandar dikatakan telah berjaya dipengaruhi oleh DAP sekaligus meninggalkan parti saingan, SUPP telan asap.

Kerja Nga Kor Meng sudah tidak susah lagi. Menang DAP di Sarawak bermakna kerja DAP di Perak juga tidak sesukar mana lagi. Sarawak sudah menunjukkan kehebatan DAP untuk menawan 15 kerusi yang mereka tandingi. DAP bertapak di Perak dan telah berusaha menguasai Perak semenjak kali pertama DAP bertanding di Perak.

Kejayaan pada Mac 2008, sudah pasti menjadi pemangkin kepada DAP untuk menambahkan jumlah kerusi yang berjaya ditawan. DAP tidak memerlukan bantuan PAS untuk menang di Perak sekiranya DAP berjaya menguasai Sarawak. PAS boleh melupakan hasrat untuk bergandingan dan diberikan penghargaan oleh DAP sekiranya Pakatan Rakyat berjaya di Sarawak.

Sebabnya mudah, PAS berada di hujung terowong kelam di Sarawak. Peluang untuk PAS menang walau satu kerusi pun kelihatan sangat pudar. Sedangkan PKR dan DAP pula semakin berjaya menambah koleksi kerusi yang akan berjaya mereka tawan. Bukti semakin jelas, DAP sudah berjaya mendapat kepercayaan masyarakat Cina untuk menggantikan peranan yang dimainkan oleh MCA, GERAKAN dan SUPP selama ini. DAP belum lagi teruji di Sabah tetapi ramai yang percaya, DAP juga tidak akan berhadapan dengan masalah di Sabah sekiranya berlaku pilihanraya.

Itulah keuntungan besar pelaburan yang dibuat oleh DAP apabila bersekutu dengan PAS dan PKR. PKR terpaksa bersekongkol dengan DAP kerana tiada kekuatan sendiri dan perlu mencari sekutu yang terbaik. Manakala PAS pula sekadar dipergunakan oleh Nga-Ngeh untuk mendapatkan undi Melayu di Perak.

Kalau PAS masih berangan-angan DAP dan PKR masih memerlukan mereka dan menghargai nilai persahabatan yang dihulurkan oleh PAS kepada DAP dan PKR, kejayaan DAP di Sarawak sudah pun memberi tambah nilai yang terlalu hebat buat DAP sekaligus menyebabkan PAS lebih dipandang hina di mata DAP.

Yang pastinya, Nga Kor Meng tersengih lebar. Selepas ini dia tidak perlu bersusah payah menghafal Surah Aura lagi Dan selepas ini juga Mursyidul Am PAS tidak perlu lagi tercari-cari dalil yang membenarkan perlakuan Nga Kor Meng.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");