Perak Hari Ini

Bekas MB Perak bangkit isu lama

Ketua pembangkang, Datuk Seri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin seolah-olah kekeringan idea apabila membangkitkan isu lama serta isu nasional pada Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Perasmian Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Antara isu besar yang dibahaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu adalah isu ancak di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar yang sudah dijawab oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada persidangan DUN lepas serta oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini.

Selain itu, Mohammad Nizar mendakwa ada pegawai polis berada di dalam DUN Perak yang dinafikan sama sekali oleh semua ADUN dari Barisan Nasional (BN).

Beliau turut mempertikaikan pemeriksaan keselamatan menggunakan alat pengimbas oleh polis di pintu masuk ke DUN Perak.

Mohammad Nizar turut menyentuh mengenai kes mahkamah membabitkan dua bekas Menteri Pengangkutan dari MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik dan Tan Sri Chan Kong Choy yang didakwa rasuah sehingga ditegur oleh Speaker Perak, Datuk R. Ganesan.

Zambry ketika mengulas mengenai perkara tersebut, melahirkan rasa terkejut beliau kerana Mohammad Nizar seperti hilang fokus ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan perasmian Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

”Saya agak terkejut kerana menjangkakan Yang Berhormat Pasir Panjang dapat bahas dengan baik tetapi beliau memainkan isu-isu itu sahaja sebab saya ingat beliau akan timbulkan isu yang lebih bermanfaat untuk rakyat Perak.

”Saya juga tidak faham kenapa bercakap seolah-olah hilang akal, tidak rasional dan terlalu mengikut perasaan,” katanya pada sidang akhbar di luar DUN Perak.

Mengulas mengenai dakwaan Mohammad Nizar kononnya pegawai polis masuk ke dalam DUN Perak, Zambry berkata, tuduhan tersebut amat serius dan perlu dibuktikan.

”Mengenai pemeriksaan keselamatan, apakah salah semua ADUN diperiksa kerana sebelum ini pernah berlaku kes ada pistol diletakkan di atas meja semasa persidangan DUN.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");