Perak Hari Ini

Pemain usah leka: Norizan

Ketua jurulatih Perak, Norizan Bakar memuji persembahan anak buahnya membenam Kelantan 4-0 di Stadium Perak malam kelmarin tetapi pada masa sama mengingatkan mereka supaya tidak terlalu dibuai mimpi indah.

“Saya mahu pemain meraikan kemenangan ini tetapi janganlah berlebihan..perjalanan masih jauh dan saya harap mereka tidak leka,” katanya mengulas kejayaan dramatik itu.

Norizan gembira kerana anak buahnya berjaya melaksanakan tanggungjawab pada perlawanan itu sehingga mampu merakam kemenangan terpuji itu.

“Pemain bertindak sebagai satu jentera. Bagi saya tiada pemain berhak menerima pujian secara individu kerana ia adalah hasil seluruh pasukan,” katanya.

-BERITA HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");