Berita Hari Ini

Calon PKR Dun Jepak ‘Terdesak’ nak jadi pemimpin

Apa lagi permainan kotor yang Parti Keadilan Rakyat lakukan. Belum cukup dengan isu video Ketua Umumnya sekarang timbul pula cerita baru di Sarawak.

Terbaru difahamkan PKR dengan hinanya telah memaksa ahlinya untuk menjadi pencadang calon parti di Dun Jepak iaitu Abdul Jalil Bujang pada Hari Penamaan Calon.

Memang pelik dan nampak sangat mereka ini begitu “desperate” untuk menjadi pemimpin tapi malangnya tiada siapa yang nak mencadang.

Difahamkan seorang ahli senior PKR di kawasan itu telah dipaksa untuk menandatangani surat sebagai pencadang calon berkenaan sedangkan ahli berkenaan sudah jelas benar perihal Abdul Jalil yang disifatkan sebagai manusia ‘bermuka-muka’

“Mereka datang ke rumah pada tengah malam dan memaksa saya menandatangi surat menjadi pencadang calon PKR,” kata Awang Majid Awang Suhaili, 59, ketika ditemui di sini semalam.

Inilah rupa sebenar pemimpin PKR, dari Ketua Umum sampai pemimpin bawahan, semuanya menggunakan ‘jalan belakang’ untuk menjadi pemimpin.

Awang yang dulunya merupakan penyokong tegar PKR akhirnya mendapat hidayah tuhan tanpa perlu doa dari Mursyidul Am Pas, Nik Aziz untuk kembali kepada kebenaran sebenar.

Justeru tanpa berfikir panjang, Awang yang kecewa dengan sistem paksaan PKR ini kemudiannya menyerahkan kertas kenyataan keluar dari PKR selepas sidang media di sebuah restoran sekitar bandar Bintulu.

Menurutnya, beberapa ahli parti pembangkang berkenaan ke rumahnya pada jam 12.49 tengah malam 6 April lalu sebelum mengarahkannya ke bilik pergerakan.

“Apabila sampai ke sana, mereka memaksa saya untuk mendatangi satu surat sebagai pencadang calon parti berkenaan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak iaitu Abdul Jalil Bujang,” katanya.

Awang Majid, yang juga adalah ahli PKR pada ketika itu tidak berani membantah dan hanya menuruti arahan mereka dengan menandatangi surat yang diberikan.

Katanya, pada kira-kira jam 7 pagi hari kejadian, dia diminta mengikuti Abdul Jalil ke Dewan Suarah Bintulu sebagai pencadang untuk penamaan calon.

Kejadian itu menyebabkan warga emas terbabit kecewa dengan tindakan PKR dan membuat keputusan untuk menarik diri dari menjadi ahli parti berkenaan semalam.

“Saya sudah hilang kepercayaan terhadap PKR dan keputusan untuk keluar dari parti itu dengan menyertai Barisan Nasional (BN) adalah atas kerelaan hati sendiri,” katanya.

Katanya, dia kini tidak mempercayai terhadap pemimpinan PKR di semua peringkat dan menyeru kepada ahli lain supaya segera keluar dari parti berkenaan bagi mengelak dari terus diperdaya dengan janji kosong diberikan.

Kertas kenyataan itu turut menyatakan seramai 27 ahli PKR lain turut mengikuti langkah Awang Majid dengan keluar dari parti terbabit untuk menyokong BN dan calon Jepak iaitu Datuk Talib Zulpillip.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");