Berita Hari Ini

Calon Bebas dakwa Pro-BN untuk raih undi.

“Jangan perdaya rakyat dengan mengakui bahawa mereka pro-Barisan Nasional (BN)”

Demikian tegas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika dimaklumkan mengenai fenomena yang berlaku dikalangan Parti pembangkang dan calon bebas semata-mata untuk meraih pengundian.

Menurut beliau, tindakan mereka ini boleh memberi kesan dari segi kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional.

Katanya, beliau dimaklumkan terdapat pemimpin SNAP yang mendakwa parti itu adalah di bawah BN manakala calon bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Abdul Kuddus Ramlee turut ‘berbisik’ dengan beliau ketika sesi perjumpaan dengan rakyat dengan menyatakan adalah pro-BN.

“Saya tidak mahu pemimpin-pemimpin ini terus memperdaya rakyat dengan mendakwa mereka adalah pro-BN… ini adalah perkara serius dan kita patut hindar daripada terus berlaku.

“Mereka tidak boleh menggunakan nama BN untuk meraih lebih banyak pengundian dari rakyat untuk pilihan raya ini lebih-lebih lagi SNAP yang bertanding menggunakan logo sendiri,” katanya ketika sidang media di sebuah restoran selepas melawat dua pasar berkenaan.
Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya Abdul Kuddus dan SNAP supaya tidak terus menggunakan tektik murahan tersebut dan berbohong kepada rakyat dengan bertanding atas nama sendiri.

Terdahulu, beliau menasihati rakyat supaya tidak mudah terpedaya dengan manifesto pembangkang yang menawarkan pelbagai janji manis antaranya Dana Membasmikan Kemiskinan 1 Billion.

Ini kerana janji tersebut belum tentu dapat ditunaikan pembangkang malah pemimpin parti itu hanya pandai bermain dengan angan-angan indah seperti ‘mat jenin’ tetapi tidak tahu untuk melaksanakannya.

“Rakyat perlu membandingkan manifestor BN dan pembangkang untuk melihat apa diperjuangkan oleh dua pihak dahulu dan apa yang dijanjikan kami bukan bercakap kosong tetapi dilaksanakan atas dasar pembangunan berterusan,” katanya.

Katanya, kerajaan sudah lama melaksanakan program pembasmian kemiskinan di seluruh negara termasuk di Sarawak dan sudah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan kepada 60 peratus hingga 70 peratus.

“Kerajaan sudah berbelanja billion ringgit untuk membasmi kemiskinan tegar menerusi beberapa program antaranya e-kasih yang berjaya mendaftarkan sebanyak 44,000 orang jikan dibandingkan dengan manifesto pembangkang RM1 billion,” katanya.

Kata Muhyiddin lagi, manifestor pembangkang yang mendakwa akan memberi RM200 kepada murid sekolah rendah adalah mustahil kerana memerlukan kos besar jika mengambil kira bilangan kanak-kanak yang ada di semua sekolah.

“Saya percaya pembangkang tidak boleh melaksanakanya kerana mereka perlu mencari sumber kewangan begitu banyak untuk menunaikan janji itu.

“Pembangkan sebelum ini menaburkan pelbagai janji kepada rakyat di Semenanjung antaranya seperti bantuan pendidikan, cuti bersalin ibu bekerja dan perlindungan insurans kepada warga tua namun sehingga sekarang tiada satu berjaya ditunaikan,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");