Kolumnis

DAP “lega” di atas kematian Teoh Beng Hock..?!!!

Siasatan Suruhanjaya Diraja mengenai kematian Teoh Beng Hock sedang rancak dan panas diperkatakan. Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang sebok disiasat dan pada masa yang sama “menyiasat”. Persoalannya, apakah kes yang disiasat oleh SPRM itu? Berkenaan siapa pula yang menyeleweng dan merasuah?

Menurut sumber dari peguam SPRM, Datuk Shafee Abdullah, yang dilantik untuk kes mendiang Teoh Beng Hock. Terdapat bukti-bukti kukuh tentang penyelewengan yang dilakukan oleh sebuah negeri yang mempunyai jawatankuasa yang telus lagi mulus, iaitu SELCAT. Tentunya ia yang dimaksudkan ialah negeri Selangor.

Shafee Abdullah, ketika mengadakan satu pertemuan tertutup menyatakan bahawa sebelum kematian Beng Hock, SPRM sedang menyiasat kes penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh Ronnie Liu, Lau Weng San, Teresa Kok dan Ean Yong Hian Wah. Ke semuanya ADUN pembangkang dari DAP.

Menurut sumber lagi, kes ini disiasat ekoran aduan yang menyatakan bahawa sebuah syarikat milik seorang ‘wanita berbangsa Cina’ (dikatakan “teman istimewa” Lim Kit Siang) yang membolot semua projek-projek di seluruh negeri Selangor. Ia dilakukan mengikut proksi 12 syarikat Bumiputera melalui tender terbuka yang “terancang”, yang kemudiannya di”alibaba”kan kepada syarikat “wanita Cina” itu.

Pada malam siasatan dilakukan terhadap mendiang Beng Hock, pegawai SPRM telah mendapat sepenuh kerjasama dari mendiang dan memperolehi bukti kukuh yang merupakan dokumen invois dan “quotation” yang mencurigakan. Pada malam itu juga, sekumpulan pegawai SPRM telah pergi ke Seremban untuk menyiasat di sebuah rumah milik ‘wanita Cina” itu dan turut memperolehi banyak dokumen berkaitan kes itu.

Pegawai SPRM menyatakan bahawa Beng Hock adalah seorang yang “lurus bendul”, baik hati, sangat berkerjasama dan sangat membantu di dalam kes ini. Mendiang juga dikatakan telah sanggup menjadi saksi utama bagi kes berkenaan. Namun, tidak siapa dapat menduga tekanan yang ditanggung Beng Hock jika dia keluar dari bangunan SPRM itu. Dia seakan-akan tahu bahawa sudah ramai kongsi gelap yang menunggunya diluar. Mungkin!

Malangnya, Beng Hock ditemui mati pagi itu setelah kali terakhir dilihat masih bernyawa sekitar jam 6 pagi. Maka kes penyelewengan itu terbantut akibat kematian saksi penting kes tersebut.

Tentunya yang menerima keuntungan bagi kematian TBH ini ialah pemimpin-pemimpin DAP tersebut. Jika tidak, pastinya mereka akan hilang kreadibiliti apabila didakwa oleh SPRM di dalam mahkamah. Tentunya imej SELCAT yang ada pada Kerajaan Khalid dan rakan-rakannya akan tercela. Siapa yang rugi? Rakyat dan SPRM, lah! Rakyat rugi kerana penyeleweng terlepas. SPRM juga rugi kerana kemudiannya dituduh pembangkang sebagai pembunuh!

Penulis masih ingat lagi, rakan penulis, Anuar Ismail, yang menceritakan bagaimana dia ditengking dan dituduh oleh Gobind Singh, betul-betul di hadapan mukanya, “kamu adalah pembunuh..!!!”, tengking Gobind kepadanya. Adilkah anak lelaki Karpal Singh itu menuduh Anuar sedemikian rupa? Sedangkan parti politik yang diketuai oleh bapanya mendapat keuntungan!

Menurut sumber lagi, keuntungan dari projek-projek itu telah dibahagikan sesama mereka yang terlibat. 10% – 15% keuntungan diberikan kepada mana-mana 12 syarikat Bumiputera sebagai ‘proksi”. 60% pula dinikmati oleh “girlfriend” Kit Siang dan manakala bakinya 30% – 35% pula diberikan kepada tabung politik DAP.

Benarkah segala dakwaan dan fakta dari SPRM ini? Adakah penyelewengan ini akan berkubur bersama mendiang Teoh Beng Hock? Penulis amat berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh SPRM sebagai badan bebas bagi menyiasat penyelewengan ini. Dedikasi ini harapnya akan diteruskan dengan menyambung kembali kes tersebut setelah terbantut kerana ke”hilang”an saksi utama kes ini. Kebenaran dan penyelewengan DAP dan SELCAT ini harus dibongkar!

Oleh: Laksmana Tun Tuah untuk Perak Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");