Perak Hari Ini

Dua lagi tokoh dilantik sebagai ahli majlis MAAIAMP

gambar file

Dua lagi tokoh menerima Penganugerahan Watikah Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAAIAMP).

Tahun ini, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Perak, Datuk Haji Mohd Asri Abdullah dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Haji Mohd Yusof Hussin dilantik menjadi ahli majlis bagi badan tersebut.

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang menyempurnakan penyampaian watikah di majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Anggota MAAIAMP itu turut bekenan untuk menerima penyerahan cek zakat perniagaan daripada beberapa syarikat.

Antara syarikat yang membuat pembayaran zakat perniagaan termasuk Tenaga Nasional Berhad dengan jumlah zakat RM 4,445,467, selain Lembaga Tabung Haji Perak iaitu sebanyak RM 2,619,781.

Selain itu, Raja Dr. Nazrin turut menerima bayaran zakat perniagaan daripada Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad, GPB Corporation Sdn. Bhd dan Produktif Kualiti and Medical Supply Sdn. Bhd yang masing-masing berjumlah RM 2,075,808, RM 300,000 dan RM 200,000.

Kesemua jumlah zakat perniagaan tersebut yang berjumlah RM 9 juta kemudian diserahkan kepada Ketua Eksekutif MAAIAMP, Datuk Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Abdul Rahman Hashim dan Pegawai Kewangan Negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");