Perak Hari Ini

22 usahawan kecil terima cek Mikro Kredit

Seramai 22 orang usahawan dari golongan keterbawahan yang mewakili pelbagai kaum kini boleh menarik nafas lega apabila permohonan mereka untuk mendapatkan pinjaman di bawah Skim Mikro Kredit  Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) diluluskan tahun ini.

Penolong Pengurus Media & Hubungan Awam YBUDR, Rubiah Nordin, berkata rata-rata pemohon merupakan usahawan  yang mempunyai impian untuk berniaga namun menghadapi kekangan kewangan.

“Harapan mereka itu direalisasikan oleh YBUDR setelah mengambil kira faktor yang melayakkan mereka untuk menerima skim pinjaman berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pinjaman diberikan bukan secara sebarangan namun ia lebih kepada membantu usahawan daripada golongan keterbawahan dengan harapan agar mereka dapat mengubah nasib diri dan keluar dari kepompong kemiskinan.

Antara aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh penerima ini katanya, termasuklah pembuatan makan sejuk beku, perkhidmatan van sekolah, bengkel kereta, penternakan ayam kampung dan bidang lain yang dilihat berpotensi untuk maju.

Bantuan skim ini membabitkan penerima dari Daerah Kinta, Perak Tengah dan Larut Matang & Selama.

Sehingga kini, seramai 251 peserta telah pun menerima pinjaman di bawah skim Mikro Kredit ini sejak ia dilancarkan tahun lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");