Isu Panas

Eksklusif: Nik Aziz insaf dan mula sokong BN

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat secara terang menjalin kerjasama dengan Barisan Nasional.

Terbaru Nik Aziz dengan senang hati dan bangga menyarungkan baju 1 Malaysia bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tindakan Menteri Besar Kelantan itu jelas menunjukkan beliau kini mengakui sistem politik yang diamalkan Barisan Nasional lebih baik berbanding Pakatan Rakyat.

Atau persoalan lainnya mungkin disebabkan Tok Guru Pas ini tidak mahu bersekongkol lagi dengan PKR yang selama ini merupakan parti kotor dan sesat.

Fatwa Islam yang dipegangnya sebelum ini dilihat tidak lagi relevan tindakan Nik Aziz sekarang dimana dulunya beliau pernah menyatakan kononya mengundi PAS dapat saham ke syurga dan undi BN masuk neraka.

Jika sebelum ini tidak lekang dari mulut Nik Aziz membuat fitnah bahawa UMNO tidak Islam dan ahli-ahli UMNO tidak cukup Islam… tapi sekarang Tok Guru Pas ini sudah mula menolak fatwa dan fitnah yang dilemparkan dahulu dan mengkagumi slogan 1Malaysia yang menjadi asas pentadbiran kerajaan BN.

Walaupun sebelum ini, dia akan memperkenalkan PAS sebagai Islam tulen dan galakan kepada orang ramai agar menyertai dan menyokong parti itu agar mereka kekal sebagai orang Islam namun semua itu telah berubah.

Jadi. adakah jalinan kerjasama ini menunjukkan beliau pun mahu mengikut perjuangan BN yang dianggap kejam atau Nik Aziz tidak mahu lagi membuat hubungan baik dengan seorang pemimpin ‘gila seks’

Isu yang melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sudah jelas mencalarkan imej Pas yang selama ini memperjuangkan Negara Islam.

Apa tidaknya, tak kanlah seorang pemimpin yang ‘tinggi ilmu agamanya’ sanggup bersubahat dengan seorang peliwat dan penzina, apatah lagi untuk mengakuinya sebagai pemimpin Pakatan Rakyat.

Jadi sudah jelas bahawa Pas sendiri pun sudah muak dengan helah politik PKR yang hanya berlandaskan nafsu dan kuasa, dan satu-satunya jalan terbaik adalah menjauhi parti maksiat itu.

Ternyata pemimpin agung PAS ini sendiri telah insaf dengan dosa mewujudkan fatwa sendiri dan mengambil keputusan membuat hubungan baik dengan BN.

Keinsafan Nik Aziz ini perlu dicontohi ahli Pas yang lain dengan mengambil tindakan yang sama seperti Tok Guru mereka ini iaitu dengan menyokong Barisan Nasional.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");