Berita Hari Ini

PM Mahu Pembangunan Sabah, Sarawak Ditingkatkan Untuk Capai Wawasan 2020 – Ongkili

Kawasan luar bandar di Sarawak dan Sabah mendapat perhatian kerajaan berikutan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pembangunan dan infrastruktur di kedua-dua negeri dipertingkatkan supaya boleh maju seiring dengan negeri-negeri lain.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata Perdana Menteri “mahu kedua-dua negeri diberikan bantuan yang diperlukan.

“Beliau (Perdana Menteri) pernah berkata, selepas lawatan ke Sabah dan Sarawak, Malaysia tidak dapat mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju kecuali kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak turut dimajukan,” katanya semasa berucap di hadapan penduduk Kampung Buduk Nur di Ba’ Kelalan dekat sini semasa beliau melawat dua projek biayaan kementerian itu di situ.

Projek berkenaan ialah projek ICT luar bandar e-Ba’Kelalan dan projek biobaja yang dilaksanakan oleh Universiti Putra Malaysia kampus Bintulu untuk tujuan meningkatkan hasil projek tanaman epal di Ba’Kelalan.

Ongkili berkata sebagai contoh, untuk menyelesaikan masalah kekurangan jalan perhubungan antara Lawas dan Ba’Kelalan, perdana menteri telah memutuskan untuk menyerahkan tanggungjawab membina jalan kepada tentera daripada melantik kontraktor.

Ini bagi memastikan pembinaan jalan dapat dilaksanakan secepat mungkin dengan kos paling minimum, katanya.

“Ini untuk manfaat rakyat yang memerlukan jalan perhubungan yang lebih baik antara Lawas dan Ba’Kelalan dan kemudahan ini akan meningkatkan aktiviti ekonomi di kawasan itu.

“Oleh yang demikian, hanya Barisan Nasional mampu membawa pembangunan ke kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak termasuk Ba’Kelalan,” katanya.

Turut hadir ialah anggota Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong dan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Ba’Kelalan Willie Liau pada pilihan raya negeri 16 April ini.

Ongkili berkata ini merupakan masa yang tepat untuk Sabah dan Sarawak dalam memastikan mereka tidak ketinggalan daripada segi pembangunan berikutan Perdana Menteri telah menjadikannya sebagai agenda nasional dalam memastikan kedua-dua negeri maju seiring dengan negeri lain di Malaysia.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");