Perak Hari Ini

Hari Terakhir Bagi Warga Perak Kunjungi MSAM

Warga Perak harus mengambil peluang untuk mengunjungi Minggu Saham Amanah Malaysia Ke-12 (MSAM 2011) pada hari terakhirnya esok untuk mendapatkan kefahaman tentang strategi kewangan dan pelaburan.

Pameran yang berlangsung di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya di sini, akan ditutup dengan rasminya oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada pukul 5.00 petang.

MSAM 2011 dianjurkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata: “Orang ramai masih berpeluang mengunjungi pameran ini. Hingga semalam, ia telah menarik hampir 150,000 pelawat, dan dengan demikian mencapai sasaran awal.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada MSAM 2011 di sini hari Isnin.

MSAM diadakan di semua negeri, kecuali Sabah dan Perlis dan mencatatkan sejumlah dua juta pelawat.

Lokasi yang mencatatkan bilangan pengunjung tertinggi ialah Kuala Terengganu, Terengganu dengan seramai 255,000 orang dan Kepala Batas, Kedah yang menyaksikan kunjungan 250,000 orang.

MSAM merupakan usaha kemasyarakatan PNB untuk mendidik orang ramai tentang pelaburan dan menggalakkan mereka mengambil bahagian dengan cergas dalam industri amanah saham negara.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");