Perak Hari Ini

Perkasa Mahu Orang Melayu Sokong Akhbar Utusan Malaysia

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta orang Melayu terus memberi sokongan kepada akhbar Utusan Malaysia kerana menganggap ia satu-satunya akhbar yang memperjuangkan hak Melayu sejak dulu.

Pengerusi Perkasa Kinta Mohammad Shahfinaz Razali berkata akhbar itu harus disokong selagi tidak bercanggah dengan kepentingan bangsa, agama, negara dan prinsip 1Malaysia.

“Sekiranya kaum lain atau parti lain yang tidak berpuas hati (terhadap Utusan Malaysia), sila buktikan di mahkamah dan jangan sekali-kali mengeluarkan kenyataan ingin memboikotnya kerana ianya adalah milik orang Melayu,” katanya kepada pemberita, di sini Isnin.

Beliau sebelum itu mengetuai perhimpunan menyokong Utusan Malaysia di perkarangan pejabat cawangan Perak akhbar itu yang diadakan berikutan gesaan sebuah parti supaya memboikot Utusan Malaysia yang didakwa perkauman kerana penyiaran artikel bertajuk “IMelayu 1Bumi”.

Perhimpunan kira-kira sejam yang turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di sini berakhir kira-kira pukul 4 petang apabila polis mengarahkan mereka bersurai.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");