Perak Hari Ini

Hari terakhir MSAM 2011 meriah

Hari terakhir Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011 menyaksikan ribuan rakyat Perak membanjiri perkarangan Stadium Indera Mulia Perak petang tadi.

Apa yang dapat dilihat sepanjang enam hari MSAM berlangsung di Perak lebih 177 ribu pengunjung tidak melepaskan peluang untuk sama-sama mendapat pendedahan mengenai pelaburan dalam amanah saham.

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad sarji Abdul Hamid dalam ucapannya memberitahu pihaknya mengamalkan beberapa ramuan yang menjadi pendorong kejayaan PNB.

Jelas beliau, menerusi 1600 ejen PNB dari seluruh negara ia telah memudahkan pihaknya menarik pelanggan dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang mudah dan terpantas.

Selain itu katanya, dengan pengagihan kadar dividen yang kompetitif ia dapat menarik minat lebih ramai rakyat Perak untuk melabur dalam amanah saham.

Tambah beliau lagi, PNB juga menyediakan program pendidikan pelaburan menerusi MSAM kepada golongan pelajar dimana ia dianggap pendedahan awal kepada mereka untuk melabur di masa depan.

Justeru katanya, apa yang diharapkan kini adalah program-program seumpama MSAM ini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap lagi bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kebaikan melabur.

MSAM kali ini dilihat berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama kerajaan Perak selain sokongan dari 12 lagi syarikat-syarikat lain.

MSAM 2011 Merupakan penganjuran kali ke-12 sejak perlancaran pertamanya di Kuala Lumpur pada 2000 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");