Perak Hari Ini

Insiden huru-hara: Pafa kesal

Kesal terhadap insiden huru-hara yang berlaku di Stadium Perak, Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin menggesa orang ramai mengamalkan sifat kesukanan yang tinggi.

Zainol berkata, insiden huru-hara yang berlaku ketika perlawanan Perak dan Kelantan berlangsung dilihat sebagai sesuatu yang sangat mendukacitakan.

Menurutnya, insiden itu turut menggambarkan bagaimana layanan tuan rumah, Perak terhadap segelintir penyokong lawan yang hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka di stadium.

“Saya dukacita dengan perkara ini kerana tak sepatutnya berlaku dan sebagai tuan rumah, kita perlu menunjukkan adab yang baik, biarpun menyokong pasukan berbeza.

“Insiden seperti ini perlu dijauhi penyokong bola sepak, kerana ia bakal menjadi contoh kepada generasi muda,” katanya ketika mengulas insiden rusuhan yang berlaku di Stadium Perak melibatkan penyokong Perak dan Kelantan, Selasa lalu.

Kejadian itu yang turut disaksikan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa.

Zainol berkata, pada masa hadapan semua pihak perlu bersama menangani masalah itu dengan menasihati atau menegur penyokong yang dilihat cuba untuk mencetuskan suasana ketegangan akibat gagal mengawal emosi.

Menurutnya, semua pihak perlulah bertanggungjawab dalam soal itu.

“Selain itu, saya merasakan tidak sepatutnya segelintir penyokong membawa masuk barang larangan seperti mercun ke dalam stadium.

“Pafa tidak akan bertanggungjawab jika ada dalam kalangan penonton yang ditangkap, didenda atau kenakan tindakan oleh pihak keselamatan akibat membawa barangan terlarang itu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");