Perak Hari Ini

Pemimpin Pakatan mengamalkan 5B

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berakhir semalam menyaksikan penggulungan perbahasan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang menggambarkan pembangkang sebagai bebal, bangang, bengong, bahlul dan baghal (5B).

Menurutnya, pembangkang memperdagangkan dan mempermainkan soal akidah untuk meraih habuan politik.

“Kita jangan keterlaluan memperdagangkan agama untuk kepentingan politik, selain dengan rasa tidak berdosa mempergunakan isu ini dalam sesi ceramah mereka.

“Mereka ini seperti manusia yang disebut oleh Profesor Syed Hussein Al-Attas sebagai memegang fahaman bebalisma iaitu bebal kerana memiliki 5B. Apa sahaja yang dikatakan ia bebal tidak menerima,” katanya.

Zambry menyifatkan demikian ketika menggulung perbahasan isu ancak yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin pada hari pertama persidangan di Persidangan Dewan Negeri di sini, semalam.

Katanya, beliau tidak teragak-agak mengemukakan permohonan maaf sekiranya isu ancak itu benar-benar syirik seperti yang dinyatakan oleh pembangkang.

“Saya hairan kenapa Pasir Panjang bergayut dengan isu yang diciptanya dengan memfitnah saya sebagai syirik walaupun telah dibahaskan dan dijelaskan dalam persidangan lepas. Kaki temberangnya menuduh Jawatankuasa Fatwa telah pun buat keputusan.

“Bagaimanapun, dalam Mesyuarat Majlis Fatwa Perak yang bersidang pada 24 hingga 26 Januari lalu, sebulat suara menyatakan perkara tersebut bukan ancak. Kalau tidak percaya dengan Mufti dan Jawatankuasa Fatwa, apa hendak jadi dengan kita,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");