Berita Hari Ini

Jenaka Tun M: Siapa ada hilang jam Rolex.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapannya dengan sinis mempersendakan isu kehilangan jam Omega yang melibatkan Anwar Ibrahim.

Sedang beliau membangkitkan isu terbabit, satu soalan terpacul dari bibir tokoh politik yang disegani rakyat negara ini.

“Siapa ada hilang jam ‘Rolex’. Namun soalannya itu disahut oleh ribuan penyokong Barisan Nasional di Kampung Pulo Ulu, Kuching dengan jeritan “Bukan jam Rolex Tun… Omega”.

Lantas dengan bersahaja Tun Mahathir menambah “Saya tak tau la jam dia jam apa…. nampaknya anda semua lebih tau dari saya…saya pakai jam plastik ja… kalau hilang tak siapa heboh”

Tambah Tun Mahathir, rakyat Sarawak kini sudah semakin pintar dengan moden jika dibandingkan pada lawatan pertama beliau ke bandar itu di zaman pentadbiran negara dibawah kelolaan beliau.

Jika tidak kata beliau, bagaimana rakyat boleh mengetahui isu yang melibatkan Ketua Umum PKR itu.

Katanya, rakyat perlu berjaga-jaga dengan dakyah-dakyah songsang yang dibawa oleh pembangkang ke negeri itu.

Malah jelas beliau, rakyat perlu sedar bahawa sepanjang 12 kali pilihanraya yang diadakan di negara ini, hanya parti Barisan Nasional yang boleh mengamalkan sistem gabungan kaum paling tertib.

Tun Mahathir menambah, kerajaan BN telah mentadbir negara sejak 50 tahun yang lalu dan rakyat boleh lihat sendiri bagaimana pembangunan di setiap negeri dilaksanakan tanpa sedikit pun mengetepikan kaum-kaum minoriti terutama di Sarawak.

“Kita boleh lihat bagaimana parti tiruan seperti Pakatan Rakyat, cuba bergabung untuk mendapat sokongan lebih namun usaha mereka ini gagal… hanya BN sahaja yang merupakan satu gabungan parti yang cukup tertib untuk mentadbir negara.

“Rakyat perlu sedar akan ideology pembangkang yang sentiasa membuat percubaan yang kononnya untuk perubahan sebaliknya mereka ini hanya berniat untuk membangkitkan perasaan benci.

“Soalnya, sekiranya kita memilih mereka sebagai pemimpin… apa yang kita dapat… kita tidak akan dapat apa-apa pun.

Justeru, Tun Mahathir mengingatkan rakyat Sarawak supaya tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah palsu dan cerita-cerita karut yang bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan antara kaum.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");