Berita Hari Ini

Misi Anwar hanya untuk menjadi Perdana Menteri: Tun M

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mengingatkan rakyat supaya tidak terpesong dengan penipuan dan cerita-cerita palsu yang dibawa Anwar Ibrahim kerana ia hanya bertujuan untuk merealisasikan misi Ketua Pembangkang itu untuk menjadi perdana menteri.

Tambah Tun Mahathir, tindakan Anwar yang sengaja mencetuskan reformasi dan tuduhan-tuduhan palsu ke atas sesetengah pemimpin adalah untuk menimbulkan perasaan benci rakyat terhadap pemimpin berkenaan amnya dan BN khasnya.

“Ini dia ni (Anwar) nk jadi Perdana Menteri pun dah macam satu penyakit… macam-macam cerita bohong dia buat… kita janganlah tolong dia pula.

“Orang macam ini, saya nak duduk dekat pun naik takut… orang macam ini kah yang dianggap layak menjadi Perdana Menteri.

“Macam-macam cerita dia dok keluar di media-media.” kata Tun Mahathir ketika berucap di hadapan lebih 5000 penyokong BN di Kampung Pulo Ulu, Kuching.

Tambah beliau, rakyat harus ingat bahawa nasib dan hala tuju negara di tangan mereka.

Justeru Tun Mahathir menasihati supaya lebih berjaga-jaga dan pandai memilih wakil-wakil mereka di setiap kawasan.

Jelasnya, rakyat perlu sedar setiap undian mereka di Sarawak itu bakal menentukan masa depan negeri.

“Janganlah gadai masa depan kita… undilah pemimpin yang benar-benar layak”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");