Berita Hari Ini

Kemenangan BN di Sarawak bukti rakyat semakin bersatu: TPM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kemenangan besar Barisan Nasional di Sarawak menunjukkan kedudukan parti itu semakin kukuh di hati rakyat.

Jelas beliau, rakyat semakin sedar akan tahap keseriusan BN untuk mentadbir dan sekaligus membangunkan negeri itu.

Tambah Muhyiddin, kemenangan yang melebihi jangkaan 2/3 undi itu sudah jelas menunjukkan rakyat Sarawak menolak sistem ‘perubahan’ yang dicanang pihak pembangkang.

“Kita bersyukur kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional semakin meningkat… dan ini sekaligus menunjukkan rakyat Sarawak lebih mempercayai proses transformasi kerajaan berbanding sistem ‘perubahan’ Pakatan Rakyat.

“Rakyat tidak memerlukan perubahan picisan Pakatan Rakyat dan sebaliknya memberi sokongan penuh rancangan-rancangan pembangunan kerajaan.

Bagaimanapun katanya, apa yang diharapkan kini, pemimpin Sarawak yang baru diberi mandat oleh rakyat dapat bekerja dengan lebih kuat demi memastikan negeri itu terus maju.

Jelas Muhyiddin, kerjasama yang padu dari pemimpin-pemimpin yang dipilih sudah tentu akan membantu kerajaan pusat melaksanakan pelan pembangunan dengan lebih cekap.

Muhyiddin ditemui selepas sama-sama meraikan kemenangan Barisan Nasional sempena Pilihanraya Sarawak di Kediaman Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");