Berita Hari Ini

Dari 51 PKR hanya menang 3 kerusi

Parti Keadilan Rakyat nampaknya mengalami kekalahan memalukan di Pilihanraya Sarawak dimana daripada 51 kerusi yang dipertandingkan meraka hanya mampu merampas 3 kerusi.

Kekalahan PKR itu sudah jelas menunjukkan rakyat semakin muak dengan pembohongan dan virus-virus maut yang dibawa parti pembangkang itu ke Sarawak.

PKR yang sebelum ini begitu yakin dapat mengalah BN di Sarawak akhirnya menanggung malu dengan kemenangan yang boleh dianggap sebagai menang ‘kasihan’.

Itu pun mujur masih ada rakyat Sarawak yang kasihankan parti penipu itu.

Apa yang dilihat, rakyat di Sarawak menentang habis-habisan parti yang diketuai pemimpin ‘gila seks’ ini untuk menerajui negeri itu.

Walaupun PKR berjaya menarik orang ramai dalam ceramah kempen mereka namun rakyat Sarawak bukanlah bodoh untuk menerima fitnah yang mereka canangkan itu.

Yang jelas misi perubahan Pakatan Rakyat sepatutnya diaplikasikan oleh mereka sendiri sebelum berniat untuk melaksanakan ia di negeri itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");