Perak Hari Ini

Kemenangan BN pada pilihan raya Sarawak bukti sokongan rakyat pada Najib:DS Zambry

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh dua pertiga kerusi yang dipertandingkan dan ini bukti kepercayaan kukuh terhadap BN.

“Walaupun terdapat beberapa kawasan yang berjaya ditawan pihak pembangkang, tetapi ia lebih berpunca daripada permainan politik tidak sihat yang dilakukan pembangkang.

“Mereka sengaja membangkitkan isu seperti kedudukan Ketua Menteri Sarawak.

“Sebelum ini, kejadian seumpama itu tidak berlaku di Sarawak kerana keharmonian penduduk di sana amat baik sebelum digodam politik tidak sihat yang dilakukan pembangkang,” katanya.

Ketika ditanya mengenai trend pengundi di kawasan bandar yang dilihat cenderung memihak kepada pembangkang, Zambry berkata, situasi itu dilihat tidak terlalu membimbangkan kerana masih ada kawasan yang dimenangi BN, tetapi apa yang penting perkara seumpama itu tidak memberi tekanan politik kepada penduduk.

-PERAK BN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");