Perak Hari Ini

Kontraktor Melayu Perak Mahu Projek Mega Diagihkan

Gambar File

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Perak pada Khamis menggesa kerajaan negeri memastikan 30 peratus daripada kerja projek mega di Perak disalurkan kepada kontraktor Bumiputera tempatan.

Pengerusinya, Datuk Wira Jamaluddin Abdul Rahim berkata kontraktor Bumiputera kini mempunyai pengalaman dan kemampuan untuk menyertai projek-projek besar.

Beliau berkata campur tangan kerajaan negeri penting bagi memastikan penyertaan kontraktor tempatan kerana banyak projek mega sebelum ini terlepas kepada kontraktor luar.

“PKMM mendesak kerajaan negeri campur tangan dalam hal ini kerana kami juga berkemampuan dari segi modal dan pengalaman untuk menyiapkan kerja-kerja ini, sama seperti kontraktor dari negeri lain.”

Sebelum ini, banyak projek diberikan kepada kontraktor dari negeri lain dan dalam masa tiga tahun ini ada di kalangan ahli persatuan yang langsung tidak mendapat sebarang projek, menyebabkan mereka gulung tikar,”katanya kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya di sini pada Khamis.

Jamaluddin berkata adalah diharapkan dua projek mega yang akan dijalankan di negeri ini dalam masa terdekat akan diagihkan kepada kontraktor Bumiputera tempatan dengan bantuan kerajaan negeri.

Dua projek itu adalah projek lebuh raya yang menghubungkan Ipoh dengan Selama yang terletak di sempadan Perak/Kedah dan projek pembinaan janakuasa Jana Manjung 2 di Lumut yang kedua-duanya dianggarkan hampir RM10 bilion, katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri Perak tidak perlu mencontohi beberapa negeri yang menggenakan syarat terlalu ketat sehingga kontraktor dari negeri lain tidak diberi peluang kerana PKMM Perak hanya meminta diagihkan 30 peratus sahaja daripada nilai projek.

“Bagi kami di sini, memadai dengan 30 peratus kepada ahli PKMM dan selebihnya boleh diberikan kepada kontraktor lain melalui tender terbuka,” katanya.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");