Isu Panas

Pembangkang Tertekan Hingga Kritik Program Beri Kebaikan Kepada Bn: Noh

Parti pembangkang termasuk DAP kini tertekan menyebabkan mereka menolak dan mengkritik sebarang program baru yang boleh memberi kebaikan kepada Barisan Nasional (BN), kata anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Noh Omar.

Noh berkata kritikan itu termasuk terhadap program e-mel 1Malaysia yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, supaya rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas diberikan e-mel peribadi itu agar mereka boleh menerima kenyataan dan maklumat daripada kerajaan.

Sebelum ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang melancarkan kempen anti program E-Mel 1Malaysia dalam akaun Facebooknya dengan alasan ia membazir wang rakyat dan menyekat hak asasi rakyat.

“Saya nampak mereka juga sudah rasa terancam kerana sebelum ini semasa pilihan raya umum ke-12, banyak blog yang hanya menyokong pembangkang. Tetapi sekarang banyak blog yang sudah mula mempertahankan BN dan meghentam pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pasukan kor tani Mardi di Serdang, di sini Khamis.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");