Kolumnis

LANGSUNG TAK BERADAP! BERDOA PUN MACAM BERCERAMAH POLITIK!

Penulis: Kelembai Bukit untuk Perak Today

Perhatikan betapa ANGKUHnya manusia yang menjadi  ahli AMK. Mereka bukan sahaja BIADAP di dalam masjid, mengangkut segala kafir untuk melakukan kekacauan di dalam masjid, bahkan ketika berdoa pun, doa mereka adalah doa orang-orang yang angkuh dan sangat biadap. Sedangkan berdasarkan bacaan doa yang kedengaran, doa mereka mahu diangkat kepada Allah Taala.

Adakah kaum PKR ini fikir, Allah Taala itu orang politik  yang boleh dijerkah-jerkah dan dinaikkan semangat serta syahwat menerusi doa yang dilafazkan? Nauzubillah… amat jauh mereka ini daripada ciri-ciri orang-orang beriman yang tahu status antara hamba dan Khaliq.

Mereka pertikaikan sumpah laknat. Mereka tetapkan bahawa ketua mereka telah difitnah. Mereka tekankan bahawa pihak lawan telah menfitnah Ketua Umum mereka, sedangkan orang yang melakukan tuduhan, mereka tidak benarkan untuk bersuara. Segala bukti yang dikeluarkan oleh pihak yang menuduh, mereka cuba sekat dan hapuskan. Dan kalau tidak mampu menyekat atau hapuskan, mereka akan segera mengatakan itu adalah FITNAH dan KONSPIRASI. Mereka kecam segala macam media yang menyiarkan tuduhan daripada pihak yang mendakwa Anwar Ibrahim adalah seorang penzalim. Mereka tidak berusul periksa sebaliknya terus membela Anwar Ibrahim dan mencari-cari kaedah terbaik untuk membuktikan orang yang menuduh itulah penfitnah.

Dan semalam, apa yang berlaku di ruang utama solat Masjid Amru Al-As, Sentul, jelas membuktikan bahawa mereka adalah golongan yang melampaui batasan. Mereka bukan sahaja melampaui batasan dalam menjalankan amal agama, bahkan mereka melampaui batasan sebagai umat Islam. Mereka bersolat hajat dengan dua imam. Mungkin dengan dua imam, dua kali gandalah permohonan mereka akan dikabulkan. Dan orang yang menjadi imam solat, kelihatan benar gedeber dan kaharnya dengan toma’ninah yang entah ke mana simpangnya. Pergerakan tangannya terjuntai-juntai dan seolah-olah sedang berlenggang joget, bagaikan yang dihadap mereka itu adalah penari kabaret, bukannya Allah Azzawajalla. Langsung tidak ada rasa takut, tunduk takut mahupun merasai kebesaran-Nya ketika bersolat. Anehnya, mereka seperti tidak tahu bahawa mereka sedang bermunajat!!!

Apabila bacaan doa diperdengarkan, memang jelas benar yang mereka bagaikan sedang berbicara dengan taukeh besar yang memiliki uncang-uncang wang syiling. Keras benar suara mereka dan langsung tidak mengikut adab yang Allah Taala sendiri firmankan menerusi al Quran. Barangkali mereka menyamakan Allah Taala dengan Anwar Ibrahim yang mereka boleh hoi-hoi-kan atau bersuara keras di hadapannya, atau barangkali merendahkan Allah Taala kerana di hadapan Anwar Ibrahim, sudah tentu tidak seorang pun daripada mereka yang berdoa itu mampu meninggikan suara atau berbicara seperti sedang memberikan ceramah politik.

Sayid Sabid di dalam kitabnya, Fiqhus-Sunnah dan Imam Al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin menggariskan 6 perkara yang menjadi adab ketika berdoa berdasarkan firman Allah Taala di dalam al Quran:

(1) Dengan hati yang tunduk dan takut kepada Allah Taala. (Al-A’raf ayat 55)

(2) Dengan suara yang sederhana, lembut dan merayu, tidak berbisik dan tidak keras (Al-Isra’ ayat 110 dan Maryam ayat 3)

(3) Menghadap Allah Taala dengan perut dan pakaian yang halal berdasarkan sabda Nabi s.a.w kepada Syaidina Saad bin Abi Waqqas r.a yang bermaksud:

“Wahai Saad, jagalah soal makananmu, tentu engkau akan menjadi orang  yang maqbul doanya. Demi Tuhan yang nyawa Muhammad berada dalam genggaman-Nya! Jika seseorang memasukkan makanan yang haram ke dalam perutnya, nescaya tidak akan diterima doanya selama empat puluh hari. Dan siapa sahaja hamba yang pada tubuhnya tumbuh daging daripada hasil riba atau makanan haram, maka neraka lebih layak melayaninya.” (Hadis riwayat Ibnu Mardawi daripada Ibnu Abbas r.a)

(4) Mengamali waktu-waktu yang terbaik untuk berdoa, seperti Hari Arafah, sepanjang bulan Ramadhan, hari Jumaat, pada tengah malam, pada akhir solat dan lain-lain seperti yang terkandung dalam firman Allah Taala dalam surah Adz-Zariyat ayat 18 yang bermaksud: “Dan pada akhir malam, mereka memohon keampunan (kepada Allah).”

(5) Menghadap kiblat (Hadis riwayat Muslim)

(6) Mengangkat kedua-dua belah tangan sampai ke paras sebahu seperti yang terkandung di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Muslim yang bermaksud:

“Baginda mengangkat kedua-dua belah tangannya sehingga kelihatan ketiaknya dalam berdoa, dan baginda tidak berisyarat dengan jari-jari tangannya.” (Hadis riwayat Al-Hakim daripada Anas bin Malik)

“Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pemalu dan Maha Mulia, malu kepada hamba-hamba-Nya apabila mereka mengangkat tangan-tangan mereka kepada-Nya untuk menolaknya dengan kosong.” (Hadis riwayat Imam Muslim daripada Salman)

Amat-amatilah gelagat ahli-ahli PKR itu ketika berdoa. Adakah mereka menepati seperti mana yang disyaratkan sekiranya mereka beradab, bersanad dan berpunca. Kecualilah mereka golongan kafir dan juhala yang setaraf dengan kafir mutlak yang ketika berdoa, masih dalam keadaan makan, minum, berhadas mahupun ketika sedang bersetubuh!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");