Perak Hari Ini

MBI Pantau Peniaga Makanan Sekitar Sekolah

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga tidak berlesen yang menjalankan perniagaan di luar pagar sekolah kerana dikhuatiri menjual makanan yang boleh memudaratkan kesihatan murid.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim berkata Bahagian Penguatkuasa MBI akan memantau dan mengambil tindakan terhadap peniaga haram itu mengikut peruntukan perlesenan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga makanan yang tidak mempunyai lesen berniaga dan juga bagi kesalahan menjual makanan yang tidak mengikut spesifikasi senarai makanan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MBI pada Jumaat.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata MBI akan menggunakan perkhidmatan van bergerak kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau dan mengawal kegiatan jenayah kecil seperti kes ragut di sekitar bandar raya.

“Kami menjangkakan van CCTV bergerak ini yang berharga RM300,000 dapat digunakan pada tahun ini dengan gerakannya lebih tertumpu kepada kawalan pengunjung terutama di majlis keramaian dan perlawanan bola sepak,” katanya.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");