Kolumnis

Mahfuz cuba hasut rakyat benci Polis dan Kerajaan

Baru-baru ini, Mahfuz Omar, Ahli Parlimen PAS Pokok Sena yang lebih dikenali sebagai “Mr. Bean”, secara sinis, telah melahirkan rasa “terima kasih” kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kerana “membant rakyat membenci Barisan Nasional. Ucapan “terima kasih” itu lahir “ikhlas” dari hati nurani pemimpin penganut agama PAS itu ekoran Ketua Polis Negara mengesahkan kepada media bahawa video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu tulen dan sahih.

Apakah makna disebalik ucapan “terima kasih” itu sekiranya tidak ikhlas? Jelas sekali Mahfuz kecewa dengan laporan dari pihak pakar forensik yang menyiasat kesahihan dan ketulenan video berkenaan. Dan ternyata, Mahfuz seolah-olah cuba menanam kebencian rakyat terhadap pihak polis yang setiap hari, siang dan malam, bertugas menjaga keselamatan negara.

Nampaknya, Mahfuz seakan-akan secara peribadi, membenci pihak polis. Kalau betul pun Mahfuz sayangkan Anwar, janganlah sampai membenci polis. Bukankah polis itulah yang selama ini menjadi tempat puak-puak pakatan pembangkang membuat laporan jenayah dan sebagainya? Nanti, jika ditakdirkan Allah ada penjenayah pecah masuk rumah Mahfuz, merompak dan merogol keluarga Mahfuz, takkanlah Mahfuz nak laporkan kes itu pada Lim Kit Siang atau Azmin? Apa sangatlah yang mereka berdua itu boleh buat berbanding polis?

Mungkin Mahfuz marah dan bencikan polis kerana “anak bujang”nya yang dikatakan merengkok di dalam penjara barangkali? Penulis harap, Mahfuz tidak menyimpan dendam terhadap pihak berkuasa. Mereka bukan “kebulur” sangat nak tangkap anak Mahfuz, buat semak penjara saja. Tapi nak buat macam mana lagi? Mahfuz tak reti jaga anak, dan anaknya dikatakan terlibat dengan jenayah dadah. Takkan nak biarkan saja? Takkanlah kerana bapanya Ahli Parlimen, maka anaknya bebas nak hisap dadah pula?

Begitu juga dengan kes skandal video seks itu. Datuk T buat pendedahan tentang video seks itu. Katanya melibatkan tokoh tertinggi ahli politik pembangkang. Dia orang buat pun bukan suka-suka, tujuan mereka nak dedahkan “warna” sebenar “lelaki Y” yang sering “terlepas” itu. Mereka tak tuduh pun sesiapa. Mungkin kebetulan mereka-mereka yang menonton video seks itu kata “pelakon lelaki itu sangat mirip saling tak tumpah macam Anwar”. Itu bukan tuduhan. Itu hanya “mirip” saja. Mungkin “pelanduk dua serupa”, bak kata Pak Belalang!

Selepas itu, Anwar buat laporan polis. Pulak dah! Mengapa pula laporkan pada polis? Bukankah pakatan pembangkang tidak percaya pada polis? Bukankah Anwar selama ini menganggap polis itu adalah “anjing BN”! Mahfuz sendiri tidak percayakan polis. Jika percaya, tentulah Mahfuz tidak salahkan polis kerana mengesahkan ketulenan video seks tersebut.

Mengapa salahkan polis pula? Polis hanya menjalankan tugas mereka. Anwar telah membuat laporan kepada mereka tentang hal video tersebut. Jadi, mereka siasatlah. Takkan nak buat “bodoh” saja? Nanti Anwar dan Mahfuz kata “polis makan gaji buta”, “polis berat sebelah” dan hanya menyiasat kes yang dilaporkan oleh BN saja pulak! Polis juga yang kena nanti…

Bila polis keluarkan kenyataan memberitahu hasil laporan, mengapa pula Mahfuz nak salahkan polis dan BN? Polis tak ada kena mengena dengan BN. Ramai juga pemimpin BN yang kena tangkap. Dan kalau betullah polis itu bertindak dibawah telunjuk BN, sudah lama Anwar, Karpal, Kit Siang, termasuk Mahfuz sendiri sudah kena tembak! Menyusahkan kerajaan dan negara saja! Pergi ke luar negara asyik nak buruk-burukkan negara sendiri, elok tembak saja pengkhianat negara macam mereka ini.

Mujurlah polis merupakan badan bebas politik. Penahanan ISA pada Operasi Lalang dulu adalah ternyata atas kehendak dan perintah polis. Tun Dr. Mahathir pun malu tentang kes itu. Manakan tidak, beliau pergi berjumpa Lim Kit Siang dan beritahu pemimpin DAP bahawa dia tidak akan ditangkap. Tapi selepas itu Ketua Polis Negara ketika itu, Tun Hanif Omar, tangkap Kit Siang juga. Itu membuktikan bahawa Kerajaan tidak mengawal tindakan polis. Polis ada akta sendiri dan bebas dari sebarang pengaruh politik, meskipun kerajaan.

Tapi, kenyataan dan ucapan “terima kasih” tidak ikhlas dari Mahfuz ini ternyata berbaur hasutan kepada rakyat agar membenci pihak yang menjaga keamanan selama ini. Apatah lagi Mahfuz turut mengaitkan Kerajaan untuk dibenci rakyat. Kononnya Kerajaan suruh polis kata bahawa video itu tulen. Padahal, sekiranya video seks itu diberikan kepada Mahfuz sekalipun dan dibawa ke pakar forensik seluruh dunia pun, mereka akan tetap mengatakan bahawa video itu tulen dan sahih! Nak buat macam mana lagi kalau benda itu memang tulen? Lainlah Mahfuz palsukan video itu terlebih dahulu!

Ternyata, Mahfuz suka membuat kenyataan “lucu”, “bodoh” dan akhirnya akan memalukan dirinya sendiri. Episod kali ini, “Mr. Bean” ini cuba menghasut rakyat membenci polis dan kerajaan pula. Entah bilalah Mahfuz nak berhenti jadi “bodoh” dan tingkatkan sedikit IQ serta EQnya. Tahukah Mahfuz tentang IQ dan EQ? Malas penulis nak jelaskan untuk Mahfuz, pergilah bertanya pada anaknya di penjara. Itu pun kalau dia tahu…

Oleh: Laksamana Tun Tuah untuk Perak Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");