Kolumnis

PKR YANG TAK PERNAH SEDAR DIRI

Memang sudah dijangka, PKR akan menyalahkan SNAP setelah SNAP tetap bertegas untuk bertanding di beberapa buah kerusi yang cuba dibolot oleh PKR dalam PRN Sarawak. Menjelang hari penamaan calon yang tinggal dua hari sahaja lagi, PKR ternyata mengakhiri kemelut itu dengan menuduh SNAP yang menyebabkan kebuntuan itu.

Bagi mengelakkan perasaan bersalah, PKR menerusi lidah Anwar Ibrahim telah menuduh SNAP telah dibeli oleh Barisan Nasional. Malah cuba mempengaruhi penduduk tempatan agar tidak memilih SNAP yang disifatkannya sebagai tidak setia kepada Pakatan Rakyat.

Menerusi lidah Tian Chua pula, SNAP dituduh sebagai pihak yang enggan bekerjasama dan bertegas untuk tidak menghormati semangat berpasukan Pakatan Rakyat. Katanya lagi, SNAP yang bertegas untuk terus bertanding dan tidak mengikut formula Pakatan Rakyat.

Sebenarnya di dalam Pakatan Rakyat sendiri sebenarnya telah menyalahkan Anwar Ibrahim dalam hal ini. Sebabnya ialah sikap lepas tangan Anwar Ibrahim dalam hal ini dan menyerahkan bulat-bulat kepada Azmin Ali. Azmin Ali adalah ‘penguasa sebenar’ PKR di Sarawak.

Awal-awal lagi Azmin Ali telah mengenepikan SNAP dalam pilihanraya negeri Sarawak. Tentu ramai yang masih ingat bagaimana Azmin Ali memberi kata dua kepada SNAP. SNAP katanya, tidak boleh bertanding lebih dari 5 kerusi sahaja kerana peluang SNAP untuk menang adalah tipis berbanding PKR.

Pastinya ramai yang tertanya-tanya atas alasan apa pula Azmin Ali dan kepimpinan PKR begitu yakin, PKR akan mendapat sambutan dan sokongan besar di Sarawak?

Berbanding PKR, SNAP adalah parti tempatan Sarawak. Bukan itu sahaja, SNAP juga adalah parti tertua di negeri tersebut. Para pemimpin SNAP jauh lebih mengetahui dan jauhari tentang hal ehwal negeri Sarawak berbanding pemimpin-pemimpin PKR yang kebanyakannya datang dari Semenanjung.

Sekalipun SNAP dan PKR berkongsi isu iaitu penebangan balak, namun dalam hal ini PKR lebih ‘advance’ apabila menggunakan isu kekayaan Taib Mahmud untuk merampas pentadbiran negeri tersebut dari Barisan Nasional.

Sudah diputuskan, di dalam Pakatan Rakyat, PKR diperuntukkan jumlah kerusi yang lebih banyak untuk ditandingi. Bukan setakat SNAP, DAP yang menguasai kerusi pembangkang lebih banyak di Sarawak berbanding PKR turut terpaksa melepaskan tiga kerusi kepada PKR untuk ditandingi, sekaligus menimbulkan keributan di dalam DAP Sarawak sendiri.

Tiada apa-apa yang boleh dikatakan, melainkan PKR memang jenis tak sedar diri!

Berbanding bekerjasama dan mempelajari pengalaman SNAP sebagai parti pembangkang di Sarawak, PKR sebaliknya menjadikan SNAP sebagai musuh mereka. Menghina SNAP dengan mengatakan parti tertua Sarawak itu sebagai parti upahan Barisan Nasional yang ditugaskan untuk mempertahankan kedudukan dan jawatan Taib Mahmud, sudah pasti akan diingati oleh mana-mana anak Sarawak sekalipun.

Belum lagi menang, belum lagi bertanding, PKR sudah pun menghina anak negeri. Pastinya sesuatu yang lebih hebat akan mereka lakukan selain menghina anak negeri sekiranya PKR benar-benar berjaya dalam pilihanraya negeri Sarawak kali ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");