Perak Hari Ini

Masalah Orang Asli di Perak terus dapat perhatian kerajaan negeri

Kerajaan Perak sentiasa mencari jalan bagi memastikan kemudahan di perkampungan mereka memberi keselesaan kepada masyarakat berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, peruntukan khas sebanyak RM1.5 juta yang diluluskan untuk membina saluran bekalan sumber air di Kampung Sungai Lah, Tapah merupakan bukti komitmen kerajaan negeri terhadap masyarakat orang asli.

“Dengan adanya peruntukan tersebut, penduduk kampung berkenaan dapat meneruskan kehidupan seharian dengan lebih selesa sama seperti dinikmati rakyat di kawasan tempat lain,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri juga meluluskan peruntukan sebanyak RM30 ribu bagi membina semula jambatan konkrit yang menjadi penghubung kampung berkenaan ke kawasan sekitar.

“Kerajaan negeri akan sentiasa memantau keperluan rakyat melalui beberapa pendekatan berterusan selain program turun padang yang dilaksanakan.

“Inilah kebaikan program turun padang kerana kerajaan negeri bukan sahaja dapat memantau pembangunan malah mendengar sendiri segala permasalahan rakyat secara terus sekali gus menyelesaikannya dengan cepat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");