Perak Hari Ini

Metro-E mantapkan komunikasi antara jabatan: MB

Perak akan melaksanakan Sistem Metro-E dalam usaha untuk memantapkan jaringan hubungan antara jabatan kerajaan di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberitahu melalui aplikasi ICT berkenaan ia membolehkan hubungan terus antara setiap jabatan tanpa memerlukan pertemuan fizikal.

Katanya, usaha tersebut antara langkah proaktif kerajaan untuk melaksanakan perkhimatan yang lebih efisien.

“Besar harapan saya untuk menjadikan pembangunan ICT di Perak sebagai salah satu kebanggaan rakyat malah katanya setiap penambahbaikan yang bakal dilaksanakan itu perlu benar-benar berfungsi sebagai alat pemudah komunikasi.

“Selepas ini mana-mana pegawai jabatan kerajaan boleh menghadiri mesyuarat penting melalui sidang video tanpa perlu bersusah payah hadir secara fizikal.

“Inilah pembaharuan yang mahu kita laksanakan dengan sebaik-baiknya.

Jelas Zambry, apa yang diharapkan adalah penjawat dan pegawai jabatan kerajaan dapat menggunakan aplikasi ICT berkenaan bagi melancarkan sistem yang sedia ada.

Dalam pada itu menurut beliau, kerajaan negeri juga akan membangunkan industri kreatif digital dengan mewujudkan studio PINCER (Perak Inovative and Creative Centre).

“Ini merupakan usaha penting yang kita mahu laksanakan dan ia adalah antara asas pembangunan ICT negeri.

“Jadi di Pincer… kita telah menyediakan kelengkapan terkini bagi membolehkan rakyat Perak menghasilkan karya filem atau animasi.

Terdahulu Zambry ditemui selepas melancarkan Kwifi dan Karnival Siber di Dataran Esplanade, Lumut pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");