Kolumnis

MEMANG BENARLAH LIM KIT SIANG TUAN BESAR PAS!

Penulis: ANON00 untuk Perak Today

Pilihanraya Negeri Sarawak sudah semakin hampir ke penghujung. Kempen semakin hebat. Pelbagai petunjuk dan teori telah pun dikeluarkan. Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAS sentiasa cuba meuar-uarkan mereka berada dalam keadaan terbaik untuk memenangi semua kerusi yang mereka tandingi di Sarawak.

Namun sedar atau tidak, ada satu fenomena yang sangat menarik dan jarang diperkatakan mahupun disentuh oleh juak-juak Pakatan Rakyat yang berwajah Melayu yang sentiasa kelihatan hebat dalam dunia blog dan Internet.

Sekalipun Anwar Ibrahim dan Nik Abdul Aziz diheret berkempen dalam kawasan yang ditandingi oleh DAP, Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Lim Guan Eng langsung tidak pernah berkempen di DUN bermajoriti Iban, Bidayuh atau Melayu yang ditandingi oleh PKR dan PAS.

Apakah maksudnya kalau dilihat pada situasi ini?

Kedatangan Nik Abdul Aziz ke Sarawak adalah atas tiket DAP dan bukannya PAS. Bukan sedikit rungutan daripada para petugas PAS tentang ‘bantuan’ yang tidak kunjung tiba untuk mereka, bahkan sudah ramai yang merungut bahawa mereka terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri atas nama ‘jihad’ dan ‘perjuangan’.

Perbelanjaan para petugas PAS yang dijanjikan oleh Azmin Ali, nampaknya tidak kunjung tiba. ‘Derma bantuan’ daripada DAP berjumlah RM15,000 hanya untuk dua kawasan, ternyata tidak mencukupi buat para petugas PAS. Bantuan yang dijanjikan oleh Azmin Ali pula nampaknya masih lagi tersangkut dan jawapan yang diberikan oleh Azmin Ali apabila ditanya adalah ‘Nanti! Nanti!’.

Pilihanraya Negeri Sarawak sudah semakin menyerlahkan semangat sebenar Pakatan Rakyat yang langsung tidak berpihak kepada PAS. Ketika Nik Abdul Aziz diheret ke sana ke mari bagaikan lembu susu, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng mahupun pemimpin-pemimpin kanan DAP yang lain tidak pula bergegas turun untuk membantu PAS yang turut terlibat dalam pilihanraya negeri kali ini. PAS ternyata bergerak sendiri, menggunakan kekuatan sendiri dan bergantung kepada kekuatan sendiri.

Agak aneh benar hubungan yang ditunjukkan oleh PAS di dalam DAP dan PKR. PAS menerusi Mursyidul Am dikerah untuk bekerja bagi pihak DAP terutama untuk mendapatkan keyakinan kaum Islam dan Bumiputera kepada DAP yang ramai masih melihatnya sebagai sinambungan puak yang pernah membuat kerosakan di bumi Sarawak ketika zaman darurat dahulu.

DAP benar-benar mempergunakan PAS untuk politik mereka sama ada di Semenanjung mahupun di Sarawak. Pada ketika para pemimpin PAS begitu bergantung harap yang parti mereka akan mendapat laba yang lebih besar menerusi penyengutuan dengan DAP, DAP sebaliknya menunjuk ajar PAS erti politik pancung dan tikam belakang yang sebenar. DAP berjaya merendah-rendahkan PAS di hadapan kelompok masyarakat Cina di Sarawak dan membuktikan bagaimana DAP mampu mengawal pemimpin Melayu-Islam yang sebelum ini kebal dengan Perlembagaan seandainya diberikan peluang untuk mentadbir Sarawak.

Mungkin para penyokong PAS masih tidak dapat melihat permainan sebenar DAP dengan menggunakan parti tersebut di Malaysia. Namun perjalanan pilihanraya di Sarawak semakin menyerlah niat DAP yang sebenarnya. PAS hanya dipergunakan untuk kemudahan DAP dan bukan sebaliknya.

Umpan yang ditabur oleh DAP sangat mudah. Para pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Nga-Ngeh dan para pemimpin DAP yang lain cukup dengan berlakon yang mereka sudah lunak dengan Islam dengan tidak menolak huluran PAS, kerana dengan cara itu, mereka bukan sahaja dapat menawan PAS, bahkan melumpuhkan PAS terus.

Masih tidak nampak lagi permainan bahaya DAP ke atas PAS?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");