Perak Hari Ini

Nizar amalkan prinsip 5B

Tindakan pembangkang khususnya Adun Pasir Panjang yang terus membangkitkan isu ancak dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang berakhir hari ini mendapat kecaman dan digambarkan sebagai bebal, bangang, bengong, bahalol dan baghal (5B).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata beliau tidak faham kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin masih berkeras untuk membangkitkan isu ancak bukan sahaja di dalam sidang dewan itu tetapi juga dengan berceramah di merata-rata tempat.

“Beliau nampaknya masih lagi bergayut dengan isu ancak apabila terus membangkitkan perkara itu dengan menuduh saya syirik kerana mengamalkan perbuatan khurafat.

“Pada sidang lalu, dewan dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri sudah memutuskan perbuatan saya itu bukan ancak tetapi Nizar nampaknya terus mahu berbohong kepada dewan dan rakyat Perak,” katanya kepada pemberita sejurus persidangan ditangguhkan petang tadi.

Beliau juga percaya isu itu akan terus digunakan oleh Nizar sebagai modal meraih simpati orang Melayu dan masyarakat Islam tetapi  yakin rakyat tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Isu ancak juga katanya, menjadi modal terakhir bagi pembangkang untuk menagih simpati politik daripada masyarakat Melayu kerana sokongan terhadap Pakatan Rakyat  semakin luntur.

Tambahnya, jika keputusan faktwa jawatankuasa dan pandangan Mufti Perak tidak dihormati, pandangan siapa lagi yang hendak dihormati oleh Nizar dan beliau juga sanggup menjatuhkan hukuman terhadap orang Islam lain dengan sewenang-wenangnya.

“Beliau juga secara terbuka mengatakan saya bukan Islam lagi…perkara ini sangat merbahaya dan sebab itu dalam Islam kita ditegah menjatuhkan hukuman sewenang-wenangnya,” katanya.

Mengulas perjalanan keseluruhan sidang DUN kali ini, Dr Zambry berkata, beliau berpuas hati kerana kedua-dua belah pihak dapat mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

Sementara itu, kerajaan negeri katanya membuat keputusan meminda dua Enakmen Menteri Besar Perak (Pemerbadanan) (Pindaan) 2011 dan Enakmen Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Pindaan) 2011 bagi untuk dikemas-kini serta mengikut keperluan semasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");