Perak Hari Ini

Orang Melayu di kubu kuat Umno hidup merempat kata Nizar

Hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang bermula pagi ini menyaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry bertikam lidah dengan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar yang mengeluarkan kenyataan orang Melayu yang tinggal di pekan dikuasai dan menjadi kubu kuat UMNO dipinggirkan dan hidup merempat.

Insiden itu berlaku ketika Dr Zambry (BN-Pangkor) menjawab soalan lisan yang dikemukakan Datuk Rosli Husin (BN-Trong) mengenai rancangan kerajaan negeri untuk membangunkan pekan kecil Trong.

Selepas mendengar kenyataan Nizar itu, beliau membidas dakwaan terbabit dengan mengatakan di mana Pas kuat, di situlah kehidupan orang Melayu merempat.

Menyifatkan kenyataan Ketua Pembangkang itu dibuat sesuka hati, kerajaan negeri kata Dr Zambry melaksanakan pendekatan turun padang bagi meninjau pembangunan semula pekan kecil seperti Trong, Batu Kurau dan Kubu Gajah.

Jelasnya, pembangunan hiliran di seluruh Perak perlu dilaksanakan kerana tidak mahu ia tertumpu di kawasan tertentu sahaja.

“Dalam tempoh 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah, apa yang dilakukan oleh kerajaan waktu itu untuk membangunkan pekan kecil di Perak,” katanya yang turut menyelar Nizar kerana langsung tidak membawa masalah rakyat di Pasir Panjang.

Terdahulu, kerajaan negeri memaklumkan pembangunan bandar Trong akan dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dalam dua fasa yang dijangka bermula Mei atau Jun ini.

Kata Dr Zambry, fasa pertama membabitkan projek membina lapan unit kedai, tapak pasar serta pasar malam.

“Bagi fasa kedua pula, sebanyak 20 unit kedai dan pejabat akan dibina dan kita jangka projek membabitkan kos pelaburan RM3 juta ini dijangka siap akhir 2012,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");