Berita Hari Ini

6 sebab pengundi Sarawak pilih BN

ESOK adalah hari yang begitu besar maknanya bagi penduduk Sarawak dalam menentukan survival politik di negeri berkenaan. Penggundi di Sarawak akan menentukan siapa dan parti manakah yang diberi kepercayaan meneruskan agenda pembangunan.

Oleh itu, enam sebab perlu dipersoalkan dalam hati kecil penggundi agar pilihan nanti benar-benar tepat dan bukan bersifat eksperimen kerana yang rugi dan merana adalah diri kita sendiri.

Pertama, Barisan Nasional (BN) mampu meneruskan agenda pembangunan yang nyata dan terbukti sedangkan pihak pembangkang masih bermain-main dengan retorik dan ‘gula-gula’.
Kedua, BN meneruskan budaya ukhuwah dan kesepakatan yang akhirnya menjamin pentadbiran cekap berbanding parti pembangkang yang tidak bersatu hingga bertarung sesama sendiri dan ini membuktikan mereka tidak boleh bekerjasama.

Ketiga, BN dapat memastikan pengekalan hubungan dengan pemimpin pada peringkat Pusat untuk menjamin pembangunan berterusan berbanding pihak pembangkang yang nyata tidak sepakat dengan pentadbiran peringkat pusat.

Keempat, BN lebih mengenal hati budi masyarakat terdiri daripada 29 etnik dan 44 bahasa kerana pemimpin tempatan saja yang arif mengenainya berbanding parti pembangkang yang lebih membawa budaya memburuk-burukkan serta mereka tidak berpangkalan di Sarawak kecuali pada musim pilihan raya.

Kelima, BN memperkenalkan pemimpin muda yang mempunyai latar akademik tinggi serta pengalaman luas berbanding pembangkang yang lebih terarah kepada anak muda yang masih bersifat untuk mencuba.
Keenam, BN memastikan peralihan kuasa kepemimpinan lebih tersusun serta mengelakkan perpecahan antara masyarakat selepas 46 tahun merdeka berbanding parti pembangkang yang petah berbicara, tetapi masih mengekalkan golongan lama dalam pimpinan politik mereka.

Saya sudahi dengan pantun empat kerat seperti berikut:

Singgah di pasar Satok makan laksa,
Makan laksa di kedai Pak Satem,
Undilah dengan penuh bijaksana,
Kerana ini bukan satu eksperimen.

ZAINAL MASLEH,
Kuching, Sarawak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");