Kolumnis

PAKU TERAKHIR KERANDA ANWAR SUDAH DIKETUK

Segala-galanya serba tidak menjadi buat Anwar Ibrahim.  Setelah hampir tiga tahun, dia melakukan pelbagai helah dan menangguh-nangguhkan kes liwat II, ternyata yang membubuh paku terakhir ke kerandanya adalah kedua-dua peguambelanya sendiri.

Karpal Singh mengesahkan bahawa liwat tersebut benar-benar berlaku tetapi liwat berkenaan adalah suka sama suka. Mungkin bagi Karpal Singh, liwat suka sama suka, tidak salah dan tidak apa-apa. Bagaimanapun, baik liwat secara suka sama suka, apatah liwat secara paksa, kedua-duanya adalah salah, sama ada kesalahan pada undang-undang negara, apatah lagi pada undang-undang agama yang dianuti oleh Anwar Ibrahim.

Selama ini, Anwar Ibrahim dan juak-juaknya telah cuba mempengaruhi orang ramai bahawa tiada liwat yang berlaku. Dia telah difitnah dan segala yang berlaku adalah konspirasi semata-mata. Namun apabila Karpal Singh mempersoalkan tentang pindaan pertuduhan dan mahukan agar pertuduhan itu dipinda kepada liwat suka sama suka, secara jelas, Karpal Singh memang memaku keranda Ketua Umum PKR itu.

Ia ditambah pula dengan kesimpulan yang dibuat oleh Peguamcara Negara II yang mengesahkan DNA Lelaki Y adalah DNA Anwar Ibrahim berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pakar kimia, sekaligus selari dengan kehendak Karpal Singh yang mempertikaikan seksyen pertuduhan.

Apabila Sankara Nair pula bersuara, ternyata yang dipertikaikan tentang kehadiran Saiful Bukhari Azlan di tempat kejadian menerusi bulu Anwar Ibrahim, ibarat mengetuk paku yang telah diletakkan oleh Karpal Singh.

Mungkin kerana itulah, Anwar sibuk bertwitter ketika prosiding mahkamah sedang berjalan. Dan selepas prosiding, dia sibuk mempertikaikan beberapa perkara termasuklah doktor pertama yang membuat pemeriksaan ke atas Saiful.

Esok, Anwar Ibrahim akan dipanggil membela diri. Mungkin doktor PUSRAWI yang seringkali dijaja-jaja oleh Anwar Ibrahim, boleh menjadi saksi bagi pihaknya.

Ternyata, Anwar Ibrahim sudah semakin tersepit. Dia jadi tidak tentu arah. Dia cuba menyibukkan diri di Sarawak sebelum terbang ke Kuala Lumpur dan kemudian bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Barangkali kalau Anwar Ibrahim diarahkan duduk diam-diam sementara menantikan perbicaraannya selesai, si tua tak sedar diri itu akan mati kering seperti mumia Firaun Mesir.

Para penyokongnya mempersoalkan perjalanan perbicaraan. Mereka sudah nampak, Anwar sudah terkantoi besar kali ini. Namun masing-masing cuba menyedapkan hati sendiri bahawa keputusan mahkamah telah pun diputuskan untuk mendapati Anwar bersalah.

Barangkali mereka terlupa, perbicaraan liwat Anwar Ibrahim ini telah menjalani satu tempoh yang panjang. Malahan mungkin boleh tercatat dalam Rekod Malaysia sebagai perbicaraan paling panjang dan paling lama dilangsungkan. Terdapat ruang yang cukup banyak untuk Anwar melarikan diri kerana perjalanannya langsung tidak disekat walaupun dia mengancam keselamatan negara dalam beberapa keadaan termasuklah menghasut rakyat agar memberontak dan melakukan huru-hara di jalanan. Anwar juga diberikan ruang yang cukup besar untuk mengumpulkan segala bukti dan alibi untuk digunakan dalam perbicaraan liwatnya itu.

Agak malang, Anwar Ibrahim langsung tidak mampu berbuat apa-apa. Ia seperti kes jam tangan Omega yang sehingga kini, baik Anwar Ibrahim mahupun isterinya, Wan Azizah tidak mampu menjelaskan bagaimana jam tersebut ‘masih’ hilang sehingga kini.

Paku terakhir telah dikenakan ke keranda Anwar Ibrahim. Selamat bersemadi wahai Anwar bin Ibrahim! Selamat bersemadi wahai Ketua Pembangkang Malaysia yang merupakan satu-satunya pemimpin negara yang dilibatkan dengan skandal seks songsang! Dan selamat bersemadi wahai bakal Perdana Menteri yang telah ghuyub impiannya!!!

Cuma yang kasihan ialah kepada para pengikut dan penyokong Anwar Ibrahim yang sehingga kini, masih tidak mampu menerima hakikat, Anwar Ibrahim memang terlibat dalam kegiatan homoseksual seperti yang dinyatakan oleh ketiga-tiga orang Hakim Mahkamah Persekutuan beberapa tahun lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");