Kolumnis

PAS BOLEH GUNA LIMA TELUR OMEGA UNTUK CERAMAH POLITIK

Penulis: ANON00 untuk Perak Today

PAS bertanding di Sarawak dengan penuh bangga. Dengan penuh kembang dada. Dengan hidung kembang kempis sampai boleh jolok syiling lima puluh sen. Sambil tepuk-tepuk dada dan dengan penuh keyakinan bahawa Barisan Nasional akan tumbang walaupun PAS hanya bertanding 5 kerusi. Paling menyeronokkan apabila PAS kata, Beting Maro akan jatuh ke tangan PAS sebab masa pilihanraya tahun 2006, PAS hanya kalah dengan majoriti kecil di sana.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Lain yang diharap, lain pula yang jadi. Duk harap buah cempedak tukar jadi nangka, rupa-rupanya dah jadi buah limau mandarin pada bulan Oktober.

PAS bertanding di Tanjong Datu, Muara Tuang, Beting Maro, Sebuyau dan Sadong Jaya. Ramailah para pemimpin PAS yang turun untuk berkempen bagi kemenangan sulung PAS di Tanah Rentap Sungai Skrang. 5 kerusi yang ditandingi oleh PAS adalah ehsan daripada PKR yang membolot 41 kerusi untuk ditandingi dengan harapan kalau menang, PKR lah pemegang jawatan utama di Sarawak iaitu Ketua Menteri.

Mari kita tengok apa yang berlaku.

Tanjong Datu
Jumlah pengundi 7936
Calon PAS: Nani Sahari
Jumlah undi yang diperolehi: 1002
Jumlah keluar mengundi: 5497

Beting Maro
Jumlah pengundi 7868
Calon PAS: Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus
Jumlah undi yang diperolehi: 2678
Jumlah keluar mengundi: 5808

Muara Tuang
Jumlah pengundi 18,820
Calon PAS: Noraini Hamzah
Jumlah undi yang diperolehi: 3196
Jumlah keluar mengundi: 14,534

Sebuyau
Jumlah pengundi 8042
Calon PAS: Adam Ahid
Jumlah undi yang diperolehi: 1768
Jumlah keluar mengundi: 5968

Sadong Jaya
Jumlah pengundi 7656
Calon PAS: Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi
Jumlah undi yang diperolehi: 1074
Jumlah keluar mengundi: 5573

Daripada 37,380 undi yang terkumpul daripada kelima-lima DUN yang ditandingi oleh PAS, calon-calon parti tersebut hanya mampu memperolehi jumlah undi terkumpul sebanyak 9718 atau lebih tepat lagi hanya 26% daripada keseluruhan undi di lima DUN terbabit.

Malang sungguh buat PAS yang bersungguh-sungguh ingin bertanding di Sarawak dan menyokong apa-apa sahaja perbuatan Anwar Ibrahim, akhirnya dihukum oleh qada Allah Taala dengan LIMA TELUR OMEGA!

Para pemimpin dan ahli-ahli PAS sepatutnya berbangga kerana bukan senang hendak dapat LIMA BIJI TELUR OMEGA itu. PBB pimpinan Taib Mahmud yang bertanding di 35 DUN pun ‘tidak’ mampu mendapat lima telur omega macam PAS sebaliknya menang di semua kawasan yang ditandinginya.

Ternyata, PAS hanya layak dan setaraf dengan calon-calon BEBAS di Sarawak. Bedah siasat, post-mortem, retreat, tasykil dan sebagainya yang PAS akan buat tentang kejadian memalukan mereka di Sarawak, tidak ubah seperti menyimpan minyak di dalam longkang. Retreatlah walau sehebat mana pun, tasykil bertamrinlah sampai tanggal dagu jatuh ke lantai pun, PAS di Sarawak hanyalah budak tuih DAP yang telah bertapak di negeri itu semenjak 1970-an lagi tetapi hanya berani bertanding di 15 DUN semata-mata.

Pun begitu, PAS masih boleh menggunakan LIMA TELUR OMEGA mereka di Sarawak untuk berbangga-bangga. PAS boleh mengatakan, Sarawak sekarang telah ditarbiah dan didakwahkan oleh PAS. Sama macam Nik Aziz sifatkan terhadap Karpal Singh, ‘Di dadamu ada bulan.’

Jangan terkejut kalau di Tanjong Datu dan Sadong Jaya akan kelihatan dua ekor pocong terlompat-lompat sambil bertakbir dan kemudian menangis sambil menzikirkan nama Lim Guan Eng.

Eloklah PAS Sarawak tukar nama agar tidak malu kepada calon-calon BEBAS!!!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");