Perak Hari Ini

Perak sedia bekerjasama dengan NGOS tangani masalah dadah di kalangan generasi muda

Kerajaan Perak akan bekerjasama dengan persatuan dan badan bukan kerajaan (NGOS) bagi menangani isu penyalahgunaan dadah di negeri itu terutamanya di kalangan generasi muda, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Katanya, ini selaras dengan bidang keberhasilan utama pelan Perak Amanjaya yang mahu mengupayakan generasi muda dan peruntukan khas turut disediakan oleh kerajaan negeri bagi mencapai tujuan itu.

“Pengupayaan generasi muda adalah agenda besar dalam Perak Amanjaya dan kita menyediakan peruntukan khas untuk menjayakan matlamat ini.

“Bagi mengelak anak muda terjebak dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, kita akan menganjurkan program berfaedah termasuk bersukan selain menjalin kerjasama dengan persatuan atau NGOS yang dapat membantu mengatasi masalah ini,” katanya selepas merasmikan penutup seminar Kenali Anak Kita di SK Seri Pangkor.

Beliau berkata, kerajaan Perak turut menghargai usaha Persatuan PENGASIH Malaysia yang aktif menjalankan kempen di negeri itu bagi merawat serta menghindar generasi daripada terjebak dengan masalah terbabit.

“Kerajaan juga ingin mengucapkan penghargaan buat Petronas yang menganjurkan kempen ini di Perak dan juga di seluruh negara.

“Program ini amat dialu-alukan dan saya sudah mengarahkan exco bertangugngjawab, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin agar dapat menyegerakan pelaksanaan untuk membasmi penyalahgunaan dadah di Perak,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");