Perak Hari Ini

Pelbagai program kesihatan bagi manfaat rakyat di Perak

Kerajaan Perak sentiasa berusaha membangunkan tahap kesihatan rakyat menerusi peruntukan RM371.2 juta yang diperoleh daripada Kementerian Kesihatan dalam plan pertama Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata antara projek pembangunan dan program kesihatan yang akan dijalankan dalam tempoh 2011 hingga 2012 ini ialah pembinaan lima klinik desa dengan kuarters di Batang Padang serta Tapah.

“Pembinaan klinik berkenaan yang menelan belanja antara RM700,000 hingga RM1 juta itu membabitkan kawasan di Temoh Stesen, Batu 17 di Jalan Pahang, Kampung Batu Melintang di Tapah, Kampung Poh di Bidor dan Kampung Guntong di Sungkai,” katanya.

Dr Mah berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk menyeimbangkan pembangunan negeri dengan memastikan peningkatan kesedaran menjaga kesihatan di kalangan rakyat di negeri ini.

“Saya sebagai seorang doktor dan exco kesihatan di negeri ini, menjadi impian saya untuk melihat semua rakyat sihat. Jika semua rakyat sihat maka produktiviti akan meningkat dan kos perubatan berkurangan.

“Justeru, menerusi program seumpama ini dapat membuka minda rakyat supaya menitik beratkan isu kesihatan diri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");