Berita Hari Ini

Rakyat Sarawak bukan golongan yang lupa budi: Ds Rais Yatim

“Rakyat Sarawak adalah golongan yang tidak lupa budi”

Demikian tegas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim ketika ditanya mengenai keyakinan beliau terhadap Barisan Nasiona (BN) dalam mengharungi pilihan raya negeri 16 April ini.

Tambah Rais, sikap rakyat Sarawak yang sentiasa menghargai pembangunan yang telah dilaksanakan BN sudah jelas menunjukkan bahawa mereka bukanlah dari jenis yang tidak mengenang budi.

“Istimewanya orang Sarawak adalah mereka tidak akan lupa budi, budi pembangunan dan budi perjuangan bersama.

“Maah kita tahu rakyat Sarawak bukanlah golongan yang akan mensia-siakan usaha BN dalam memastikan negeri itu terus membangun dan seiring dengan kemajuan Negara,” katanya kepada wartawan selepas melancarkan saluran baru siaran televisyen “TVi” di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kuching di sini Ahad.

Dalam pada itu menurut Rais, setakat ini suasana pilihanraya di negeri itu masih berada dalam keadaan terkawal dimana tiada sebarang ketegangan tercetus antara penyokong dan pemimpin ekstremis setiap parti.

“Saya tak fikir ada tsunami apa-apa, sebab gunung berapinya tidak ada. Ia cukup damai”.

Menurutnya, BN sentiasa bersabar dengan tindakan pihak tertentu yang lebih cenderung melemparkan pelbagai tuduhan terhadap parti itu tanpa mencerminkan diri mereka terlebih dahulu.

Katanya, BN tidak mengamalkan sistem politik pembangkang dimana mereka lebih gemar menutup kesalahan sendiri dan hanya tahu menuding jari kepada pihak lain.

Bagaimanapun jelas beliau, bagi menangkis tuduhan dan fitnah yang dilemparkan itu BN menggunakan pendekatan yang lebih telus dengan memberi penjelasan berhubung semua tuduhan berkenaan.

Terdahulu, Rais ditemui selepas melancarkan saluran baru siaran televisyen “TVi” di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kuching di sini pada Ahad.

Mengenai TVi, saluran khas yang memaparkan perkembangan di Sarawak dan Sabah yang disiarkan di saluran 180 Astro yang beroperasi 24 jam, Rais berkata ianya akan memainkan peranan menguar-uarkan pembangunan yang dilaksanakan oleh kedua-dua kerajaan negeri.

TVi akan memberi pengkhususan kepada pembangunan dan sosio-budaya negeri Sarawak dan Sabah dalam usaha kerajaan mengurangkan jurang informasi antara kedua-dua negeri itu dengan Semenanjung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");