Perak Hari Ini

Pembangkang bangkrap idea dakwa Perak muflis: DS Zambry

Bangkrap idea, itu jawapan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap tindakan pihak  pembangkang yang terus menyebar khabar angin bahawa negeri Perak akan muflis dalam masa terdekat ini.

Menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming itu sebagai mengelirukan dan bercanggah dengan fakta sebenar, beliau berkata, pembangkang sebenarnya sudah kekeringan idea hingga sanggup mengeluarkan dakwaan sedemikian untuk menakut-nakutkan rakyat Perak.

“Menjelang sidang DUN akan datang, pembangkang nampaknya terus menggunakan isu negeri Perak akan muflis dalam masa terdekat kerana memiliki hutang sebanyak RM952.45 juta, iaitu RM874.79 juta atau 91.85 peratus adalah pinjaman yang digunakan untuk projek bekalan air oleh Lembaga Air Perak (LAP) manakala bakinya iaitu RM48.25 juta lagi untuk projek perumahan awam.

“Pinjaman tanpa faedah daripada kerajaan Pusat ini bukan sahaja diterima oleh Perak tetapi juga seluruh negeri di Malaysia.

“Selain itu, Perak dan Sarawak adalah dua negeri yang dianggap sebagai good paymaster  kerana kerajaan negeri tidak pernah gagal membayar balik hutang mengikut jadual serta tidak pernah mempunyai tunggakan hutang,” katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.

Dr Zambry berkata, kedudukan rizab negeri tidak pernah berada dalam negatif sehingga memaksa kerajaan negeri meminjam.

Jelasnya, LAP sahaja mempunyai simpanan sebanyak RM500 juta.

Beliau berkata, apa yang disuarakan oleh Nga itu adalah satu lagi babak pembohongan yang dilakukan wakil rakyat DAP terbabit bagi mengeliru dan memutarbelit rakyat.

“Perkara ini telah saya jelaskan dengan panjang lebar dalam sidang dewan yang lalu….ternyata sikap manipulatif  Nga mahu terus membohongi rakyat dengan hanya berpandukan analisis yang dangkal dan tidak berasas,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");